Tuesday, March 2, 2010

Mengidam Nasi Kukus

Semalam hari Isnin sengaja saya puasa ganti bagi puasa saya untuk tahun hijriah 1430. Baru 3 hari daripada total 11 hari kot. Kenapa 11 hari tinggal puasa? Sebab saya demam teruk tak larat nak puasa. So saya memang tak puasa disebabkan uzur bukan Syar’ie. Insyaallah saya akan cuba menggantikan puasa-puasa saya ini sikit-sikit iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Ok berbalik kepada tajuk entry, saya teringin nak makan nasi kukus untuk berbuka puasa. Tapi saya tak pasti kat mana yang paling best selain tempat yang saya selalu pergi beli kat Bandar Bukit Puchong tu. Kenapa saya tak nak beli kat situ dah sebab :

Pertama, anak2 tokeh dia suka panggil saya “acik”. Eeiii…panggil akak pun okay sikit pe. Tapi tak tau la kot diorang memang muda sangat ke. Ker memang patut budak skolah menengah panggil saya “acik” kot. Hahaha (tak sedar diri apa). Panggil “Chik” pun okay la at least. Ish ish.

Kedua: Selalu confuse kalau saya oder nak bungkus nasi camana lauk camana. Orang kata kuah asing dia cedok gak dalam nasi. ISh..adakah dia kurang pendengaran macam saya juga? Tapi yang best bila dah ala2 panic tu diorang mesti tersalah kira..kurang 50 sen or rm1. Tu pun saya perasan bila balik rumah, suami Tanya berapa mami bayar? Lepas bagitau tu kira balik (ni dikategorikan berkira kea pa ya?) dan memang pasti diorang salah kira. Rezeki saya lah kan. Hehe..

Baiklah disebabkan saya takmo pergi yang dekat ngan rumah saya ni, saya plan nak gi kat puchong prima, A’amir Nasi Kukus. Itupun setelah melawat blog yang saya rasa sangat membantu oleh mybiebie. So, lepas solat Asar dari ofis saya bergerak ke rumah. Alhamdulillah, jalan clear aje kat PJ walaupun baru lepas hujan lebat. Masalah bermula bila tiba kat Plaza Tol Sunway. Arghh! Sangat banyak kereta dan lori. Saya stuck kat situ almost half an hour. Planning nak gi beli nasi kukus kat Bandar Bukit Puchong tu. Kalau anda semua nak tau, ada entri pasal nasi kukus kat gerai ala2 ‘haram’ ni kat Bukit Puchong. Saya jumpa kat blog POPLAGENDA. Kalau anda dari IOI Mall, proceed aje menghala cyberjaya, Putrajaya then anda akan jumpa the only Petronas petrol station on your left, kat situ dah kena slow dah himpit ke kiri menuju bukit puchong, puchong saujana. Then you will see apartment The Heron on your left. Lepas sikit gerai nasi lemak ayam berempah, you will find this stall.

Since saya dah pergi ke dua-dua tempat nasi kukus ni oh..saya rasa yang kat Bandar Bukit Puchong ni memang lagi best! Kuahnya memang secukup rasa, pilihan lauk juga ada bermacam jenis. Selain ayam goreng berempah yang best dah sambal cili yang kecur liur memakannya, ada gulai daging kerutuk (kalau tak silap saya la), gulai ikan tongkol, gulai ayam, ikan goreng kicap, daging goreng kunyit, telur goreng mata dan hati or pedal ayam goreng. Arghh..bilakah saya nak snap gambo gerai ni. Nantilah jika ada rezeki akan ku snap gambarnya. Oh..berkenaan Nasi Kukus A’amir, lauknya Cuma ayam goreng rempah dan 2 jenis gulai. Yang membezakan antara 2 gerai ni ialah A’amir ada acar kobis+karot. Tu jer. Dan kuah gulainya teramat manis bagiku walaupun nasinya best, sangat lembut ala-ala berpulut (beras wangi siam la tu) gitu. Mungkin anda mempunyai pendapat yang lain. Terpulanglah kepada anda. Ini Cuma pilihan saya dan saya tidak mahu menimbulkan isu siapa best atau tidak. Okay?

1 comment:

  1. Hi! Boleh beritahu pukul berapa kedai nasi lemak di bandar bukit puchong buka? thanks

    ReplyDelete