Monday, March 1, 2010

Luahan perasaanku untuk Adik Syafiah Humairah..

Adik Syafiah Humairah, 3 tahun
(Terima kasih kepada admin coretanmayaku.blogspot.com for courtesy of late Syafiah's photo)

Walaupun dah dikira terlambat tapi saya tetap nak buat jugak entri khusus untuk adik Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia pada Khamis lalu. Namanya selembut air mukanya. Ohh…tak tahan la saya tengok matanya yang syahdu seolah-olah menanggung beban yang berat bersendirian.

Saya tak mahu menyalahkan sesiapa sebab sudah ternyata sedangkan terang lagi bersuluh arwah Syafiah telah didera. Bukan sekadar fizikal tetapi mental. Tak dapat saya nak bayangkan perasaan seorang ibu kalau kehilangan anak. Tapi bagi saya riak di muka ibu arwah ni seolah tiada penyesalan. Mungkin sebab terlalu banyak derita yang mendatangi dia. Tapi semua tu mungkin berpunca dari sikap tidak menjadikan Allah tempat berlindung, Allah tempat mengadu dan tidak menjadikan Allah sebagai kekasih yang utama. Sedih bila mengetahui masih ada lagi golongan yang kurang cerdik dan cetek agama dalam persekitaran kita mencari redha Allah di mana ilmuwan-ilmuwan Islam muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mana perginya pakar-pakar motivasi agung yang suka nak mengenakan bayaran tinggi untuk khidmat mereka. Business is Business. Ibunya begitu percayakan teman lelakinya sehingga dia boleh bermalam di rumah rakan dan membiarkan Syafiah berdua bersama teman lelakinya.

Datuk dan Nenek..sepatutnya menjadi benteng utama mempertahankan zuriat mereka tapi boleh la pula buat kenyataan kononnya cucu ni pandai simpan rahsia. Dah tahu cucu tu takut kat teman lelaki anak dia siap boleh menyorok dalam semak tu lagi takmau ambil tahu!!! Heh!!! Apakah??Oh! Dayusnya..kalau rasa macam didera boleh buat laporan kat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Telefon je ke talian dera NUR di 15999. Susah sangat ker??? Saya rasa atuk nenek dia mesti ada menonton tv hari-hari tengok tv mesti pernah dengar pasal kes penderaan, cirri-ciri orang didera atau kanak-kanaklah especially. Saya ni memanglah suka komplen. Bagi saya kalau dah akar umbi atau ketua keluarga pun pun tak betul mental, apatah lagi la batang pokok, dahan, pucuk, ranting, bunga buah mesti tak betul jadinya. Sikap tak mahu ambil tahu dah memakan diri. Allah dah tunjuk kat situ.

Oh…saksi-saksi sengal dan takde batu. Korang berlima takkan lah tak boleh nak lawan mamat gila sekor tu? Time-time gini pandai la pulak nak hormat keputusan orang tak waras..”Jangan masuk campur. Ini urusan keluarga aku!”. Kalau kat jalan raya tu reti ke nak hormat kalau orang bagi signal nak kekanan (saya lah ni). Mesti tak mau bagi jalan punya. Eleh!Korang tak nampak ke budak kecik tu dah separuh mati kena tunjal, sepak terajang sampai koyak kulit kepala tu? Astaghfirullah. Saya harap anda semua takkan trauma sampai mati kerana menyesal memikirkan “Kenapalah aku tak gi tahan mamat tu dari belasah budak kecik ni..isk isk”. Dan saya juga berharap saudara mara anda tidak terlibat dalam kejadian yang lebih kurang sama macam drama yang telah anda tonton petang Khamis lepas.

Lepas ni untuk golongan yang kurang cerdik ni..selalunya tak abis ngaji sekolah menengah kot atau pun sampai SPM je kot. Tolong berhati-hati ya..tolonglah mendalami ilmu agama dahulu sebelum anda berkahwin dan sebelum anda memiliki cahaya mata kerana perkahwinan itu besar maknanya bukan sekadar untuk memuaskan hawa nafsu anda. Tolonglah jangan berhenti berdoa kepada Allah kerana saya yakin Allah mendengar doa umatnya. Eh..ker mak dia ni relaks anak meninggal sebab anak tu besok dapat tarik ibu masuk syurga??? Lu pikirlah sendiri.

Maafkan saya kerana agak emosi tapi sebagai ibu yang ada anak sekitar umur 3 tahun ni saya rasa tidak salah untuk saya beremosi sedemikian. Untuk adik Syafiah Humairah, seindah namamu seindah wajahmu selembut senyummu. Saya mendoakan agar adik Syafiah berbahagia di alam sana dan semoga pengorbananmu membawa perubahan yang besar dalam diri saya, masyarakat dan seluruh umat Islam. Al-Fatihah.

No comments:

Post a Comment