Thursday, March 4, 2010

Nurse pun boleh pandu BMW apa? (Kes cemburu ke ni?)

Hari ni saya tiba lambat sikit ke ofis tapi syukur sempat menyediakan bekal sekolah untuk Erry, bancuh milo panas untuk suami, buat bekal untuk lunch saya sendiri, melipat baju yang dah tertunda 2 hari tak dilipat dan sempat buat washing 1 round siap disidai sendiri oleh saya (selalunya suami saya je yang paling expert bab-bab sidai baju ni).

Selepas hantar Dadam, seperti biasa saya akan membuat U-turn kat jalan depan housing area tu..eh..saya ternampak seorang nurse sedang tapau Nasi Lemak kat gerai akak opposite rumah saya. Eh…dia drive BMW??? Betul ke ni? Macam tak percaya je. Lepas buat u-turn tu saya toleh lagi memang confirm la tu kereta dia. Mak aii…macam mana yea tu Nurse driving a BMW series car. Subhanallah…dengan berfikiran positif saya kata..mestilah suaminya seorang doctor kat private hospital ni. Dan nurse tu mestilah cun melecun agaknya. Saya tak sempat la nak usha wajahnya tapi memang bertuahnya badan. Hehe…tapi kalau dah ada BMW napa nak kerja lagi? Hurm..agaknya untuk belanja diri sendiri lah kot. Eh apalah sibuknya tolong fikir untuk orang. Kalau saya lah..suami dah ada kereta BMW mestilah saya seorang surirumah yang cantik jelita duduk di rumah memanjakan diri dan mengabdikan diri untuk suami dan anak2. Maid pun saya tak akan hire jugak. Sebab bukan senang nak mendapat redha dari suami ni. Azam saya untuk menjadi isteri yang solehah, taat kepada suami, menyenangkan hati suami dan anak-anak serta patuh kepada perintah Allah. Insyaallah moga dimakbulkan.

Untuk dinner malamnya, saya tekadkan azam untuk singgah membeli kat gerai nasi kukus ala-ala ‘haram’ kat bandar bukit puchong (1). Saya beli 4 bungkus nasi, ayam goreng, gulai daging dan gulai ikan tongkol. Ada sebab saya nak bungkus makan malam hari ini. Hehe. Sebab saya tak mahu berhempas pulas menyediakan makan malam sebab apabila saya berhempas pulas membuat kerja, saya akan jadi cepat penat dan bila penat, saya akan mula mengantuk dan kemengantukan saya ini memang tidak boleh dihentikan sama sekali tau. Bila dah tiba kat rumah, suami dah ada pun..lagi la saya ni seronok je rasa. Dah unpack semua bungkusan lauk-pauk dan nasi tu dan sempat snap gamba sedikit sebanyak seperti kat entry ini.

Semua ni berharga RM13.50 je (abaikan jari Dadam)

Air oren jimat namanya (Twister + Sunquick)


Tapi saya hairan la kenapa gulai dagingnya pekat sangat. Saya suspek gulai yang dipanaskan banyak kali atau orang Kelantan sebut ‘gulai perangat’ (telah dihangatkan semula atau reheat la kata orang putih). Kemudia, saya pun cubalah merasa sedikit gulai daging itu. Memang sah ia telah dipanskan beberapa kali kerana rasanya sangatlah masin. Begitu juga dengan gulai ikan tongkol yang ikannya keras seperti kayu. Yang tidak berubah rasanya ialah ayam goreng berempah kerana ia dimasak didepan pelanggan. Erm...saya memang dah rasa agak tidak sedap hati kerana begitu bersemangat menghidang serta mengambil gambar lauk-pauk sebelum kami sekeluarga meraikan bersama-sama. Rupa-rupanya inilah kesannya terhadap saya yang begitu mengagungkan Nasi Kukus Bandar Bukit Puchong ni. Nak komplen kepada penjual..mesti dia dah tak ingat dah bila masa kejadian ini berlaku. Yang paling best sekali ialah saya terlupa untuk menjamu Nasi Kukus idaman saya sehinggalah saya bangun pada keesokan harinya, lauk-pauk itu masih terhidang elok di atas meja makan (kes tertidur lagi la ni..haih..sia-sia je ‘program’ saya untuk malam tadi).

No comments:

Post a Comment