Wednesday, March 31, 2010

Tak suka selfish driver!

Hari ni saya terbangun awal sangat. Jam 4.30am saya dah terjaga. Tapi rupa-rupanya sebab belum soalt Isya’ lagi. Astaghfirullah. Jadi dah selamat Isya’ saya cuba pula Sunat Tahajjud. Alhamdulillah selesai.

Sempat sahur, menyapu, sidai baju (yang patut disidai malam tadi),mandi, buat sarapan Erry (air coklat aje pun ahaha). Then buat bekal hot dog tuna.

Bertolak lambat sikit ke pejabat sebab ‘battery’ dah tinggal separuh. Sesak nya jalan! Ni yang menyesal ni. Dahla semalam side mirror dah terkena kereta Kenari yang berlagak nak potong queue tapi saya tak bagi dia jalan last-last side mirror saya jadi mangsa (suami tak tahu ni..Saya pun kejar masa gak bukan awak sorang aje tau. Kalau saya lambat gaji saya kena potong..awak takpe lah kot takat punch card merah aje!)

Hari ni pulak masa kat jalan yang agak sempit, saya ikut je satu kereta Toyota HILUX atau pun Mitsubishi Storm tu. Kemudian kan jalan perumahan (short cut ni) kat SS1 tu jalan agak sempit. Jadi satu kereta dari arah depan kena beralah sebab ada kereta lain parking di kiri atau kanan jalan. Saya nampak kereta Avanza tu dah berhenti untuk memberi laluan kepada kereta di hadapan saya, maka saya cepat-cepat lah nak ikut berlalu juga tapi rupa-rupanya pemandu tu tetap juga nak gerak dulu. Dengan muka selamba dan sombong dia mencilok di depan saya. Terpaksa lah saya brake emergency. Okay..mungkin konsep dia take turn la kot tapi masalahnya jalan dia yang dihalang tu bukannya jalan saya. Memang patut dia berhenti di situ sebab alang-alang ko dah berhenti, ,ko tunggu jelah situ. Memang Keling tak sedar diri. Siapla kamu..saya tak kira kereta siapa tapi janji Avanza hijau epal, pemandu gelap gelita maka saya tak akan bagi jalan kat kamu even di mana-mana jua selepas ini. Inilah sikap pemandu golongan ni bila dah dapat stereng kereta. Terasa diri di atas awan la kot tk kiralah memandu kereta Nissan baulu ke apatah lagi kalau kereta konon MPV tuh.

Thursday, March 25, 2010

Ucapan Takziah

Saya ingin mengucapkan takziah kepada adik ipar perempuan saya, Habibah di atas kematian nenek dia pada pagi 25 hb Mac 2010 kerana sakit tua.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Mejar Muhammed Zulrihan Jusof di atas kemalangan yang meragut nyawa beliau pagi 25 hb Mac juga, selepas pesawat Pilatus PC7 MKII yang dipandunya secara solo terhempas di kawasan hutan simpan Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok. (rujuk Utusan Malaysia 26 Mac 2010)

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh kedua-duanya dan moga mereka ditempatkan bersama-sama dengan golongan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Wednesday, March 10, 2010

Warga Afrika dan Cerita Kanak-kanak di Malaysia

Pagi tadi semasa perjalanan ke ofis (jalan adalah sangat lancar..saya tiba awal ke ofis tau), saya tengok kat berita tv1 ada laporan tentang kes rogol di apartment Flora Damansara dan perogolnya adalah dari warga Afrika. (rujuk http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuntutkolejkenarogollelakiwargaAfrika/Article/index_html)
Astaghfirullah..berdiri bulu roma saya. Mana taknya, pesalah tu boleh tarik aje budak perempuan tu keluar dari lif, bawak pergi rumah dia dan buat operasi. Jiran tetangga memang tak boleh la nak diharapkan. Semua dah terpengaruh dengan filem dari barat di mana kebanyakan jiran memang tak mahu ambil tahu keadaan sekeliling. Bila dah terkena batang hidung barulah menyesal. Adik ofismate saya baru je bercerita tentang warga Afrika kat aparment dia (Flora Damansara ni lah) tengah hari semalam. Tengok-tengok hari ni keluar berita macam ni. Kat Nilam Condo pun dah bersepah-sepah diorang ni. Mana taknya diorang boleh bayar sewa mahal-mahal. Ada yang mencecah rm1K sebulan. Ada sorang member ni dengan bangganya beritahu saya kawan dia punya unit bagi sewa kat foreigner rental price 1K. Memang la dapat untung banyak tapi fikirlah tentang penghuni lain yang tinggal kat situ. Risau memikirkan kalau ada yang tinggal anak-anak berseorangan selepas waktu sekolah. Ish..diorang tu ada hati jugak nak usik-usik Dadam. Erry tak suka sebab katanya ada bau masam diorang tu.

Masalahnya Malaysia macam dah kebanjiran warga Afrika kebelakangan ni. Dahla warga Indon dah ramai, Vietnam lagi, Myanmar lagi, Bangladesh, Nepal ditambah lagi dengan geng-geng orang hitam ni. Ish..apa nak jadi ni. Agak-agak kat Kastam ni ada semak ke kuota kemasukan warga asing ni? Apa yang saya dapat lihat dan dengar, rakyat Malaysia sendiri sudah tidak rasa selamat berada di Negara sendiri. Dahla semua orang masih terpukul dengan kegawatan ekonomi, ada pula makhluk ‘asing’ ni menyesakkan lagi otak benak rakyat Negara ini.

Dah tiba kat ofis tu masa baca surat khabar ‘online’, cerita ni pula timbul.

Cerita Kanak-kanak 1

Erm. Tak habis-habis lagi ke kes aniaya kanak-kanak ni. Terbaru saya baca kat surat khabar hari ni 3 orang kanak-kanak cedera setelah diserang seorang lelaki ketika mereka sedang bersarapan di tadika. Sedihnya saya! Memang dah hilang akal agaknya lelaki ni. Adak e kanak-kanak yang tak ada salah apa-apa tu kau pergi pukul? Kenapa kau tak ambil saja tukul tu cuba ketuk jari-jari kau dulu takpun kau ketuk je kepala kau sendiri. Sedangkan sikit je ketukan pun dah rasa sakit. Inikan pula kau ketuk sepenuh hati. Ish!! Tembak ajalah orang yang sebegini. Menyusahkan hidup aje.

Cerita Kanak-kanak 2 

Yang ni pulak pengikut ajaran sesat mana saya pun tak tahu. Siap boleh nikah dalam kereta sambil memandu pulak tu!! Haiii… Nama aje negeri Serambi Mekah tapi perangai orang yang tinggal kat sini takdelah seharum nama gelarannya. Memalukan saya je sebagai salah seorang yang dilahirkan di sana. Pelik lah saya. Budak umur 10 tahun di zaman sekarang ni..tarafnya lebih kurang budak umur 6 atau 7 tahun pada zaman saya dulu. Sebab diorang ni memang agak kebudak-budakan. Bayangkanlah anak sulung saya berumur 9 tahun tapi masih main lompat tilam dengan adik dia, makan pun kita yang isikan nasi serta lauk pauk, ikan pun kita yang cubit dah isi ke dalam pinggan dia. Ayah atau Baba dia boleh pula nak nikahkan dengan kawan dia yang sebaya dengan Baba kanak-kanak itu. Eh..mabuk ke ayah dia ni? Memang la saya rasa Baba kanak-kanak ni ingin menjejak langkah Nabi Muhammad s.a.w iaitu berkahwin dengan Saidatina Aisyah yang pada masa itu dalam lingkungan umur yang sama tapi kita harus mengadaptasi pula dengan persekitaran zaman sekarang ini yang pada pendapat saya jauh bezanya dengan persekitaran pada zaman adanya Rasulullah s.a.w. Hurm..kasihan budak perempuan yang tak bernama itu. Moga dia sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.

Monday, March 8, 2010

Perjalanan saya dan Laluan Kontra oleh Litrak

Ohh…lama sungguh saya tak memandu kereta warna gold saya. Hari ni walaupun saya keluar lambat dari rumah tetapi arakian kelincahan kereta saya slot-in (cilok) sana sini menjadi punca saya tiba pada waktunya ke pejabat. Syukur!

Saya berpuasa ganti hari ni. Mengikut kiraan saya ada lagi dalam 8 hari untuk saya ganti (bagi puasa Ramadhan lepas). Jumlah hari yang ditinggalkan banyak sedikit kerana keadaan kesihatan memaksa saya untuk tidak berpuasa. Tapi Ramadhan yang sebelum-sebelum tu tak habis juga lagi. Pun saya tak ingat berapa hari yang telah ditinggalkan. Ya Allah ampunkanlah saya ni. Saya berazam untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis mulai minggu ini dengan niat menggantikan puasa-puasa yang telah saya tinggalkan dahulu. Moga saya beroleh kekuatan untuk menggantikan puasa-puasa saya itu.

Petang dalam pukul 4.30 saya lihat melalui tingkap bilik Project Managers EF, hujan memang lebat sangat di luar. “Adoi…dahla time saya bawak kereta gold saya ni. Hujan lebat pula”. Kesian kereta saya yang dah tak muda sangat tu. Tepat je jam 5.45pm saya terus keluar dari pejabat dan bergegas ke lif. Adik opismate call suh tolong ambil payung dia pula. Ok, dah ambil tu saya turun dan pass payung kat dia, kemudia terus ke tempat letak kereta kat B3.

Perjalanan kat PJ Alhamdulillah ok. Kat Plaza Tol Sunway pun tak sesak sangat. Hurm..musykil ni. Kemudia waktu saya konon-konon tengah nak slot-in tu nampak macam ada lorong baru je sebelah kanan jalan. “Eh..ada signboard Putrajaya, Puchong perdana..harus ikut ni!”. Saya nampak staf Litrak sedang memanggil-manggil untuk masuk ke lorong itu. Maka saya pun ikut je lah. Wah!! Sangat clear jalan ni. Rupanya ada lencongan khusus untuk pengguna yang nak ke Puchong Perdana, Putrajaya dan Subang. Oo…sekarang baru saya teringat ada flyer yang menyatakan tentang laluan kontra di LDP pagi tadi bermula hari ini, 8 Mac 2010. Maklumat lanjut boleh didapati di arkib utusan malaysia.
Macam tak percaya je saya dapat tiba di taska Dadam tepat pukul 7 p.m walaupun trafik agak perlahan disebabkan hujan yang tersangatlah lebanya. Alhamdulillah!

Sunday, March 7, 2010

Hari sibuk tapi bahagia

Hari ni saya berSubuh gajah. Pukul 7.00 am baru sempat menunaikan solat. Maafkan hambamu ini Ya Allah. Tula..sapa la suruh tidur lambat lagi. Tapi selepas solat Subuh gajah pun saya tetap menyambung tidur. Almaklum la suamiku tiada di rumah kerana Outstation ke Kedah. Pukul 8.30 am, kedu-dua anakku dah bangun. Erry dah lapar. Dadam minta dinaikkan ke dalam buai. Eh apalah budak ni..makin besar makin nak berbuai. Takpe..layan je lah. Erry makan roti delicia ajer sambil saya buat teh pekat (teh susu kata orang Kelantan or air teh ikut bahasa standard).

Cuaca agak redup di luar. “Wah..bolehla mandi kolam ni Kakak”..kata saya kepada Erry. KEdua-dua anakku gembira dan terus bersiap-siap untuk ke kolam mandi kat bawah. Tiba di sana memang ada sepasang suami isteri Cina bersama anak kecil mereka sedang mandi. Saya menegur mereka dan kami bercerita serba sedikit sebelum Dadam menguasai papan lungsur kat bahagian kolam kanak-kanak itu. Sekarang Dadam dah pandai menguis-nguis tangannya dan mengayuh kaki ala-ala swimmer gitu. “Tak lama lagi Dadam mesti pandai berenang sendiri ni” kata say alagi kepada Erry. Erry setuju dengan pendapat saya. “Macam Ikmal la mami. Cepat belajar”. Ikmal ialah adik kepada Kak Nana, kawan kakak di Nilam Condo. Tak berapa lama, saya nak beli surat khabar di mini market tepi club house. Anak-anak saya mengikut pula. Lepas beli tu ingatkan nak sambung berendam tapi dua-dua tak mahu. Sejuk sangatlah tu..hehe..

Hari ni plan masak ikan goreng dan sup sayur campur. Tapi pukul 2 barulah siap menu kerana saya membersih sayur-sayuran serta memotong terus untuk disimpan dalam bekas supaya senang digunakan minggu depan nanti. Oleh kerana terlalu lapar (saya tak bersarapan pun..Cuma minum teh pekat aje) saya terus memakan nasi putih bersama lauk yang sangat ringkas tu. Alhamdulillah! Kenyang. Barulah boleh solat, kan?

Ikan goreng rangup resipi Terengganu

Sup sayur campur ringkas

Kak Nana datang bermain monopoly di rumah saya. Sebaik je saya dah mandi and nak solat, Dadam bangun. Tetiba pintu gril berbunyi macam ada orang nakmasuk rumah. Eh..suamiku dah tiba ke rumah rupanya. (Masih tak nak sembang sangat tu). Tapi saya menyelambakan diri menegur, menghidangkan air teh ais untuknya sambil passing air oren kat dadam. SElepas solat Zohor, saya mengambil minyak panas untuk urut badan suami..sebab terdengar dia minta tolong kakak ketuk bahu tadi. Hehe..taktik selamba Berjaya dan kami telah pun berbaik-baik. Tapi dia tetap dengan kenyataan bahawa semenjak hari ini, saya tidak dibenarkan lagi untuk gathering atau reunion bersama kawan-kawan baik lama mahupun yang baru. (ala-ala perintah berkurung la ni..semua ni gara-gara pergi jamuan makan kawan masa UKM berdekatan kawasan rumah kedai@pejabat BBP2 di mana sekonyong je pulang dari jamuan tu kelopak mata saya memang tidak dapat dibendung lagi..asyik tertutup dan tersengguk-sengguk walhal malam masih muda iaitu dalam pukul 10.00pm. Sedihnya…! Tapi apakan daya..janji saya dan suami dah okey I think everything gonna be okay too! Insyaallah.

Saturday, March 6, 2010

Hari yang tidak best


Huhu…hari ni saya rasa ada ‘orang’ yang sangat marah dan geram kat saya. Semuanya berpunca dari sikap saya yang suka mementingkan perkara tidur berbanding perkara-perkara lain. Kenapa saya suka tidur?

1. Sebab selalu baca atau dengar petua mengatakan tidur yang cukup bagus untuk kelihatan muda

2. Mungkin (mungkin..okay?) kerana terlalu penat dengan rutin seharian atau kudrat saya ni memang tak banyak berbanding kudrat orang lain

3. Mungkin saya suka mengambil kesempatan bila ‘orang’ itu ada, saya berpeluang untuk bertidur-tiduran kerana orang itu pun boleh melakukan kerja rumah sama seperti yang saya sentiasa lakukan kecuali acara melipat baju?

4. Mungkin tidur itu saya anggap hobi saya?

5. Mungkinkah ada ‘makhluk’ lain yang menumpang kat badan saya dan menda ini memang suka tidur?

6. Mungkinkah kerana saya ini pemalas?(Ish..Na’uzubillah..tapi kalau hari itu hari ‘Malas Sedunia’ sepatutnya orang itu kenalah faham..mungkin kena buat deklarasi kat facebook supaya semua orang tahu dan orang lain yang tahu boleh la tolong sampaikan kepada ‘orang’ itu?

Jadi, untuk cuba menawan hati ‘orang’ yang marah itu saya bangun seawal mungkin dan sebelum pukul 8 pagi sarapan kueyteow goreng sudah tersedia di atas meja. Untuk pengetahuan residen Nilam Puri Condo, kalau pagi-pagi bunyik blender bising-bising tu adalah datang dari rumah saya, okay? Tolong fahami saya yang suka memasak pagi-pagi ini yea? Terima Kasih. Malangnya ‘orang’ itu yang ada kerja downtime kat ofis client dia telah keluar sebelum saya sempat menjemputnya makan. Adoi…terpaksalah saya bersarapan seorang diri di rumah.

Char Kuey Teow saya yang sedih :-(
Oleh kerana tiada sambutan terhadap sarapan saya yang saya rasa agak sedap itu, maka mood saya memang kurang baik hari ini. Sesiapa yang menelefon atau menghantar sms kepada saya tidak langsung saya balas atau layan. Minta maaf banyak-banyak yea kepada sesiapa yang berkenaan. Insyaallah saya akan menghubungi anda kembali di lain masa.

Baiklah bercakap tentang marah ni, saya rasa saya pernah menulis entry tentang marah sebelum ini. Sila la rujuk entry saya kenapa saya dimarahi?

Koleksi terbaru saya. FOC. :D

Tapi saya tetap meneruskan aktiviti menyental baju kurung skolah kakak, baju2 kerja, mengemas bekas2 yang saya bukan nak guna sangat macam bekas aiskrim yang besar-besar tu, botol air mineral kosong dan Tupperware waniey yang dari tahun bila entah saya simpan. Waniey sorry saya dah lupuskan Tupperware anda yang mahal itu kerana ia sudah mela mengeluarkan bau. Oh..lagi satu saya juga melupuskan bekas garam, kunyit dan gula yang lama dan digantikan dengan koleksi botol sos spageti Prego. Rujuk gambar. Untuk melabel botol-botol ini adalah tugasan Erry. Hehe. Cantik tak?

Pada petangnya ‘orang’ yang marah kat saya tu dah balik..tapi dalam marah-marah tu pun dia masih ingin menjamu kueyteow gorang saya sambil menyatakan kalau tak makan kan, kesian pulak kat saya dah berhempas pulas menggoreng pagi-pagi lagi. Hehe…lega sikit. Tapi sekejap je la.

Malam pula ‘orang’ tu nak outstation ke Kedah. Adoi…bosanlah saya duduk sorang ni. Tapi disebabkan hubungan masih tidak berapa baik maka saya rasa satu kelegaan saya ditinggalkan berseorangan ditemani anak-anak yang periang dan aktif ini.

Selepas anak-anak tidur, saya memulakan satu operasi mengalihkan peti ais ke arah dapur. Tahu sajakah peti ais tu agaknya 2 kali ganda berat saya tak? Tapi teknologi tayar kecil kat bahagian bawah peti ais sekarang membuatkan peti ais ni senang ditolak. Cuma ada sedikit masalah masa menurunkannya dari bendul ke dapur tu. Alhamdulillah dah selesa dan Berjaya dihidupkan. Cuma ruang memasak saya bertambah kecil dan hanya saya je yang muat untuk membongkok dan membuka laci paling kanan cabinet dapur gas tu. Orang lain mungkin bermasalah sikit la. Selepas itu saya memulakan aktivi mengemaskinikan blog sambil mendengarkan ayat Ruqyah (ayat pengusir jin). Manalah tahu kan. Sekadar mencuba. Tapi nampaknya positif..tiada tanda-tanda mengantuk. Alhamdulillah. Tiba-tiba ada bunyi ‘pap!!!’. “alamak..” FIkir saya di dalam hati. “Ada ‘menda’ mengamuk ke ni?”. Saya memberanikan diri menjengah tapi sekadar ke ruang tamu dan ke bahagian partition dapur dengan ruang tamu. Kawasan bilik-bilik lain dan ruang dapur serta yard tu saya tak berani jengah. Bulu betis saya dah berapa kali meremang ni. Siap sempat hantar sms kepada ‘orang’ yang gi outstation. Tapi replynya kata dia baru sudah makan roti canai kat Gunung Semanggol. Alhamdulillah dia okay. Cuma saya dah tak berani nak mengadap laptop atau menyambung kemaskini entri. Tidur kat sebelah DAdam pun saya takut sebab kena menghadap pintu bilik tidur. Maka, saya tidur sebelah Erry kat katil bilik saya. Inilah kali pertama di rumah ini yang saya berasa sangat cuak sekali. Saya membaca Ayat 3 Qul, Ayat Kursi dan lafaz Tasbih, Tahmid dan Takbir…..zzzzz….

Friday, March 5, 2010

Jumaat yang mulia tapi saya hilang sabar

Salam pagi Jumaat kepada semua. Heh..nak tahu tak hari ni pagi-pagi lagi saya dah makan nasi putih? (Nasi kukus malam tadi la..tak sempat makan sebab ‘ter’tidur punya pasal). Bekal Erry simple saja that is fried hash brown patties. So dah siap awal semua mula la nak lengah-lengah (or Kelantanese would say that as ‘loleh-loleh’) until saya teringat yang kereta itam tu nak kena fill up tank baru boleh sampai ofis. Kalau tak memang tak sempat sampailah punya. Then barulah saya mula memecut clean up the dishes and leftovers, top up susu Dadam, bancuh scott emulsion plus orange juice. Zap zup zap saya dah siap dan kami tiba ke kereta jam 7.39am (lambat 10 minit dari biasa). Risau dah ni. Tapi all the way memang baca surah-surah aje..surah Nabi Yunus terlantar dalam perut ikan, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ayat Kursi. Singgah kat BHP (tempat saya pernah kena ragut). This time memang berhati-hati sebelum buka pintu and terus kunci pintu kereta selepas keluar. Top up Smart Tag and isi petrol sekadar cukup je. Kalau isi banyak kang lama pulak. Hehe. Then otw jalan tu syukur memang clear la..sampai kat toll sesak la sikit tapi notice board tak la tulis trafik padat..Cuma pesan suruh kita berada di lorong yang betul. Dah sampai area PJ, tesilap ambil route pulak..tapi syukur jugak route tu tak jammed. Dah parking keta tapi lama gak dok situ memikirkan keta ok ke tak sbb bumper kete tgh2 garisan petak parking. Takpelah..naik scan thumbprint dulu. Syukur jugak waktu tiba tu tak masuk rekod. Hehehe.

Erm..saya rasa salah satu sebab Allah memudahkan urusan saya hari ini ialah sempena keberkatan berselawat kepada kekasihNya dan mengingatiNya di hari Jumaat dan yang paling penting sekali adalah keredhaan suami saya sendiri. Saya yakin dengan doa yang beliau panjatkan untuk saya, saya mampu tiba pada waktunya ke pejabat.

Astaghfirullahala’zim! Geramnya saya ni. Masa balik dari solat kat surau ni ada la bertembung ngan 2 orang staf ofis kami yang lain. Saya pun menegur lah salah seorang yang dah tiba kat kitaorang depan lif ni sementara seorang lagi tengah menjawab panggilan telefon. Adakah patut dia tak jawab teguran saya sambil mengunyah-ngunyah kudapan yang dia beli tu? Oh! Hinanya rasa. Then officemate yang seorang lagi tu dah sudah jawab call dia datang dan kata “Hai” kat kami. Itu saya sempat balas. Sepanjang dalam lift u semua orang senyap. Saya hanya bersembang dengan adik ofismate. Bila dah tiba di depam pintu ofis dan setelah tag ID, sekonyong-konyong mamat yang mengunyah-ngunyah ni berlari gaya 'kepit' ke arah HR Manager company (yang masa itu berada di meja receptionist) untuk menawarkan kudapan dia yang kononnya best itu.

Saya dengan perasaan marah + bengang ni terus je kata “Bodek!!” sambil berjalan ke tempat duduk yang beberapa langkah dari meja receptionist tu.


Then tak puas ati lagi saya kata “Kipas! Ampu! Bodek!” lagi. Masa tu tau je la takleh nak bernafas arakian marahnya saya masa itu. Nasiblah adik ofismate saya pesan suruh selawat banyak2. Masalahnya dia fikir dia tu siapa? Tahulah pegang title tinggi ala…takde la tinggi sangat kot..sebab kaki bodek memang la nampak konon tinggi title. Ingat dia bijak and pandang kita ni tak bijak? Sebab saya selalu sengih? Gigi cam Ronaldinho? Sebab saya ni nampak macam takde kerja sangat? (Memang la at the moment takde kerja). Nanti2 adalah kerja saya. Ish…saya berdoa moga Allah memberikan Taufik dan Hidayah kepada orang2 macam ni yang fikir dialah yang paling bijak. Sebab orang ni dah confessed macam memeluk Islam tapi sampai sekarang masih melakukan perkara terlarang. Dan lagi memang masa company punya motivation camp tu saya tension jika berada satu kumpulan dengan dia sebab semua benda dia nak buat sendiri, tidak percayakan ahli kumpulan dan merancang persembahan kumpulan secara syok sendiri! Ya Allah berikanlah dia petunjuk kea rah jalan yang benar lagi lurus Amin.. Ya Rabbal ‘Aalamin.

Thursday, March 4, 2010

Nurse pun boleh pandu BMW apa? (Kes cemburu ke ni?)

Hari ni saya tiba lambat sikit ke ofis tapi syukur sempat menyediakan bekal sekolah untuk Erry, bancuh milo panas untuk suami, buat bekal untuk lunch saya sendiri, melipat baju yang dah tertunda 2 hari tak dilipat dan sempat buat washing 1 round siap disidai sendiri oleh saya (selalunya suami saya je yang paling expert bab-bab sidai baju ni).

Selepas hantar Dadam, seperti biasa saya akan membuat U-turn kat jalan depan housing area tu..eh..saya ternampak seorang nurse sedang tapau Nasi Lemak kat gerai akak opposite rumah saya. Eh…dia drive BMW??? Betul ke ni? Macam tak percaya je. Lepas buat u-turn tu saya toleh lagi memang confirm la tu kereta dia. Mak aii…macam mana yea tu Nurse driving a BMW series car. Subhanallah…dengan berfikiran positif saya kata..mestilah suaminya seorang doctor kat private hospital ni. Dan nurse tu mestilah cun melecun agaknya. Saya tak sempat la nak usha wajahnya tapi memang bertuahnya badan. Hehe…tapi kalau dah ada BMW napa nak kerja lagi? Hurm..agaknya untuk belanja diri sendiri lah kot. Eh apalah sibuknya tolong fikir untuk orang. Kalau saya lah..suami dah ada kereta BMW mestilah saya seorang surirumah yang cantik jelita duduk di rumah memanjakan diri dan mengabdikan diri untuk suami dan anak2. Maid pun saya tak akan hire jugak. Sebab bukan senang nak mendapat redha dari suami ni. Azam saya untuk menjadi isteri yang solehah, taat kepada suami, menyenangkan hati suami dan anak-anak serta patuh kepada perintah Allah. Insyaallah moga dimakbulkan.

Untuk dinner malamnya, saya tekadkan azam untuk singgah membeli kat gerai nasi kukus ala-ala ‘haram’ kat bandar bukit puchong (1). Saya beli 4 bungkus nasi, ayam goreng, gulai daging dan gulai ikan tongkol. Ada sebab saya nak bungkus makan malam hari ini. Hehe. Sebab saya tak mahu berhempas pulas menyediakan makan malam sebab apabila saya berhempas pulas membuat kerja, saya akan jadi cepat penat dan bila penat, saya akan mula mengantuk dan kemengantukan saya ini memang tidak boleh dihentikan sama sekali tau. Bila dah tiba kat rumah, suami dah ada pun..lagi la saya ni seronok je rasa. Dah unpack semua bungkusan lauk-pauk dan nasi tu dan sempat snap gamba sedikit sebanyak seperti kat entry ini.

Semua ni berharga RM13.50 je (abaikan jari Dadam)

Air oren jimat namanya (Twister + Sunquick)


Tapi saya hairan la kenapa gulai dagingnya pekat sangat. Saya suspek gulai yang dipanaskan banyak kali atau orang Kelantan sebut ‘gulai perangat’ (telah dihangatkan semula atau reheat la kata orang putih). Kemudia, saya pun cubalah merasa sedikit gulai daging itu. Memang sah ia telah dipanskan beberapa kali kerana rasanya sangatlah masin. Begitu juga dengan gulai ikan tongkol yang ikannya keras seperti kayu. Yang tidak berubah rasanya ialah ayam goreng berempah kerana ia dimasak didepan pelanggan. Erm...saya memang dah rasa agak tidak sedap hati kerana begitu bersemangat menghidang serta mengambil gambar lauk-pauk sebelum kami sekeluarga meraikan bersama-sama. Rupa-rupanya inilah kesannya terhadap saya yang begitu mengagungkan Nasi Kukus Bandar Bukit Puchong ni. Nak komplen kepada penjual..mesti dia dah tak ingat dah bila masa kejadian ini berlaku. Yang paling best sekali ialah saya terlupa untuk menjamu Nasi Kukus idaman saya sehinggalah saya bangun pada keesokan harinya, lauk-pauk itu masih terhidang elok di atas meja makan (kes tertidur lagi la ni..haih..sia-sia je ‘program’ saya untuk malam tadi).

Wednesday, March 3, 2010

Kad Kredit Oh Kad Kredit

Saya tak fahamla dengan satu bank ni. Saya ambil kad kredit dia sebab dia satu-satunya yang offer kad kredit altogether dengan IKEA Friends. Kita boleh collect IKEA points using their card and then at the same time boleh la nak buat instalment or apa ke. Problem started bulan Januari tahun ni. Kat statement dia kata saya buat payment lambat so they charged me RM5 for late payment. Tapi saya refer balik PDF file for my internet transaction and it was done on 2nd January 2010! Saya tak faham. Saya call customer centre and the officer kata she will waive my late payment charge. Then saya tanya berapa jumlah saya kena bayar untuk incoming month, officer tu kata RM44.65. Oklah untuk malas fikir banyak, saya bayar RM50 pada hujung Januari 2010. Jadi sepatutnya diorang yang berhutang dengan saya kan? Tapi last week saya dapat statement untuk March menyatakan saya kena bayar RM5.48 pulak. Adeh mana datang jumlah ni ni?? Tak cukup lagi ker saya bayar RM50 hari tu? Saya nampak Interest On Retail Transaction RM0.48. Takkan la RM50 tu tak cukup untuk cover interest yang cinonet tu? Eh..peninglah bank ni. Dahla Customer Service dia saya called tadi kata dia customer service tapi tak boleh nak layan atas sebab hapa ntah idiot betul k*l**g ni. And some more setiap kali saya call, this person je yang jawab. Customer Service lain melanguk buat apa? Ker bank ni ada sorang je Customer Service dia? Tak fahamnye saya!!

Ok saya dah langsaikan RM5.34 sen yang saya tak patut bayar sebab bukan salah saya. Esok saya plan untuk menelefon ke bank yang tak mesra pengguna ini untuk membatalkan perkhidmatan kad kredit mereka.

Oh…saya dah selamat sampai ke rumah. Hari ni sempat solat Asar di rumah walaupun jalan agak sesak. Alhamdulillah. Setelah penat ber’chatting’ dengan BFF saya, saya Berjaya mendapatkan resipi turun-temurun keluarga BFF saya ni. So, plan saya ialah memasak padprik daging dan daging ketuk. Hehe..comel je nama resipi ni. Setelah siap potong dan blend bahan2, saya break jap untuk solat Maghrib. Then sambung balik acara memasak. Nasi dah tanak awal2 selepas solat Asar tadi. By 8.00 pm baru siap hidangan makan malam. Lepas je Erry balik mengaji Al-Qur’an, kami sekeluarga makan lah nasi diiringi air Oren Sunquick + Twister hahaha..nak jimat punya pasal..Twister kan mahal gituuu..! Inilah menu malam tadi. Maaf yea air oren tak sempat snap.

Daging Ketuk (recipe courtesy by Aimah Abd Rahman)

Padprik Daging resipi sendiri la

Tuesday, March 2, 2010

Mengidam Nasi Kukus

Semalam hari Isnin sengaja saya puasa ganti bagi puasa saya untuk tahun hijriah 1430. Baru 3 hari daripada total 11 hari kot. Kenapa 11 hari tinggal puasa? Sebab saya demam teruk tak larat nak puasa. So saya memang tak puasa disebabkan uzur bukan Syar’ie. Insyaallah saya akan cuba menggantikan puasa-puasa saya ini sikit-sikit iaitu berpuasa pada hari Isnin dan Khamis.

Ok berbalik kepada tajuk entry, saya teringin nak makan nasi kukus untuk berbuka puasa. Tapi saya tak pasti kat mana yang paling best selain tempat yang saya selalu pergi beli kat Bandar Bukit Puchong tu. Kenapa saya tak nak beli kat situ dah sebab :

Pertama, anak2 tokeh dia suka panggil saya “acik”. Eeiii…panggil akak pun okay sikit pe. Tapi tak tau la kot diorang memang muda sangat ke. Ker memang patut budak skolah menengah panggil saya “acik” kot. Hahaha (tak sedar diri apa). Panggil “Chik” pun okay la at least. Ish ish.

Kedua: Selalu confuse kalau saya oder nak bungkus nasi camana lauk camana. Orang kata kuah asing dia cedok gak dalam nasi. ISh..adakah dia kurang pendengaran macam saya juga? Tapi yang best bila dah ala2 panic tu diorang mesti tersalah kira..kurang 50 sen or rm1. Tu pun saya perasan bila balik rumah, suami Tanya berapa mami bayar? Lepas bagitau tu kira balik (ni dikategorikan berkira kea pa ya?) dan memang pasti diorang salah kira. Rezeki saya lah kan. Hehe..

Baiklah disebabkan saya takmo pergi yang dekat ngan rumah saya ni, saya plan nak gi kat puchong prima, A’amir Nasi Kukus. Itupun setelah melawat blog yang saya rasa sangat membantu oleh mybiebie. So, lepas solat Asar dari ofis saya bergerak ke rumah. Alhamdulillah, jalan clear aje kat PJ walaupun baru lepas hujan lebat. Masalah bermula bila tiba kat Plaza Tol Sunway. Arghh! Sangat banyak kereta dan lori. Saya stuck kat situ almost half an hour. Planning nak gi beli nasi kukus kat Bandar Bukit Puchong tu. Kalau anda semua nak tau, ada entri pasal nasi kukus kat gerai ala2 ‘haram’ ni kat Bukit Puchong. Saya jumpa kat blog POPLAGENDA. Kalau anda dari IOI Mall, proceed aje menghala cyberjaya, Putrajaya then anda akan jumpa the only Petronas petrol station on your left, kat situ dah kena slow dah himpit ke kiri menuju bukit puchong, puchong saujana. Then you will see apartment The Heron on your left. Lepas sikit gerai nasi lemak ayam berempah, you will find this stall.

Since saya dah pergi ke dua-dua tempat nasi kukus ni oh..saya rasa yang kat Bandar Bukit Puchong ni memang lagi best! Kuahnya memang secukup rasa, pilihan lauk juga ada bermacam jenis. Selain ayam goreng berempah yang best dah sambal cili yang kecur liur memakannya, ada gulai daging kerutuk (kalau tak silap saya la), gulai ikan tongkol, gulai ayam, ikan goreng kicap, daging goreng kunyit, telur goreng mata dan hati or pedal ayam goreng. Arghh..bilakah saya nak snap gambo gerai ni. Nantilah jika ada rezeki akan ku snap gambarnya. Oh..berkenaan Nasi Kukus A’amir, lauknya Cuma ayam goreng rempah dan 2 jenis gulai. Yang membezakan antara 2 gerai ni ialah A’amir ada acar kobis+karot. Tu jer. Dan kuah gulainya teramat manis bagiku walaupun nasinya best, sangat lembut ala-ala berpulut (beras wangi siam la tu) gitu. Mungkin anda mempunyai pendapat yang lain. Terpulanglah kepada anda. Ini Cuma pilihan saya dan saya tidak mahu menimbulkan isu siapa best atau tidak. Okay?

Monday, March 1, 2010

Kenapa aku dimarahi?

Hari ni sebab aku terlupa satu pesanan, aku menjadi mangsa kemarahan orang yang rapat denganku. Memangla kita tak tahu niat dia untuk jadi bengis begitu sekali tapi come on la. Aku ni jenis ingat2 lupa. Atas sikit je dari Dowry dalam Finding Nemo tu. Aku macam dengar pesanannya tapi bila tiba masa untuk aktiviti tu aku lupa ajak dia. Mengamuk la dia..satu department tu pandang aku rasa. Ish..sekonyong-konyong je aku mendapat malu diherdik oleh orang yang muda dari aku.

Heh..patutla setengah orang tu pasangannya kadang-kadang takut kepada pasangan masing-masing. Mungkin sebab ada sikap sebegini. Actually arwah ma aku pun telah dikategorikan sebagai ‘bekeng’ oleh orang yang berkongsi hidup dengannya selama 32 tahun. Maybe kerana sikapnya yang tidak sabar dengan kerenah orang-orang yang selow ataupun kurang cerdik di persekitarannya. Arwah ibuku adalah seorang yang bijak padaku. Kat kampong PC tu dia lah yang first guna motor Passola. Cute sangat motornya. Kaler putih merah untuk digunakan masa ‘visit’ pesakit2 kat dalam kampong yang selalunya baru bersalin la. Atau melawat budak2 kekurangan zat makanan. Yela asek makan budu ngan kicap ngan ikan masin jer.

Eh berbalik kepada sikap baran tu..sebab apa yea?




Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanakkanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.

Apakah tanda dan gejala panas baran

Tindakbalas yang berlaku ialah :

Menangis

• Menjerit

• Menendang

• Menghentak

• Menahan nafas

• Melontar benda atau barang

Untuk maklumat selanjutnya sila klik link di atas yea.

 
Ini pula artikel yang ku petik dari BicaraMuslim.

(Rujukan: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic28_2003.htm )

Sebab-sebab Yang Menimbulkan Kemarahan & Cara Mudah untuk mengatasi.
Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji, dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi pekerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja.

Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama.

Begitu juga sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan, dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagiaannya di akhirat kelak.

Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan, dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan bersifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawannya.

Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya.

Semoga kita akan menjadi insan yang lebih pemaaf.

Luahan perasaanku untuk Adik Syafiah Humairah..

Adik Syafiah Humairah, 3 tahun
(Terima kasih kepada admin coretanmayaku.blogspot.com for courtesy of late Syafiah's photo)

Walaupun dah dikira terlambat tapi saya tetap nak buat jugak entri khusus untuk adik Allahyarham Syafiah Humairah Sahari, 3 tahun mangsa penderaan kejam yang meninggal dunia pada Khamis lalu. Namanya selembut air mukanya. Ohh…tak tahan la saya tengok matanya yang syahdu seolah-olah menanggung beban yang berat bersendirian.

Saya tak mahu menyalahkan sesiapa sebab sudah ternyata sedangkan terang lagi bersuluh arwah Syafiah telah didera. Bukan sekadar fizikal tetapi mental. Tak dapat saya nak bayangkan perasaan seorang ibu kalau kehilangan anak. Tapi bagi saya riak di muka ibu arwah ni seolah tiada penyesalan. Mungkin sebab terlalu banyak derita yang mendatangi dia. Tapi semua tu mungkin berpunca dari sikap tidak menjadikan Allah tempat berlindung, Allah tempat mengadu dan tidak menjadikan Allah sebagai kekasih yang utama. Sedih bila mengetahui masih ada lagi golongan yang kurang cerdik dan cetek agama dalam persekitaran kita mencari redha Allah di mana ilmuwan-ilmuwan Islam muncul bak cendawan tumbuh selepas hujan. Mana perginya pakar-pakar motivasi agung yang suka nak mengenakan bayaran tinggi untuk khidmat mereka. Business is Business. Ibunya begitu percayakan teman lelakinya sehingga dia boleh bermalam di rumah rakan dan membiarkan Syafiah berdua bersama teman lelakinya.

Datuk dan Nenek..sepatutnya menjadi benteng utama mempertahankan zuriat mereka tapi boleh la pula buat kenyataan kononnya cucu ni pandai simpan rahsia. Dah tahu cucu tu takut kat teman lelaki anak dia siap boleh menyorok dalam semak tu lagi takmau ambil tahu!!! Heh!!! Apakah??Oh! Dayusnya..kalau rasa macam didera boleh buat laporan kat Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat . Telefon je ke talian dera NUR di 15999. Susah sangat ker??? Saya rasa atuk nenek dia mesti ada menonton tv hari-hari tengok tv mesti pernah dengar pasal kes penderaan, cirri-ciri orang didera atau kanak-kanaklah especially. Saya ni memanglah suka komplen. Bagi saya kalau dah akar umbi atau ketua keluarga pun pun tak betul mental, apatah lagi la batang pokok, dahan, pucuk, ranting, bunga buah mesti tak betul jadinya. Sikap tak mahu ambil tahu dah memakan diri. Allah dah tunjuk kat situ.

Oh…saksi-saksi sengal dan takde batu. Korang berlima takkan lah tak boleh nak lawan mamat gila sekor tu? Time-time gini pandai la pulak nak hormat keputusan orang tak waras..”Jangan masuk campur. Ini urusan keluarga aku!”. Kalau kat jalan raya tu reti ke nak hormat kalau orang bagi signal nak kekanan (saya lah ni). Mesti tak mau bagi jalan punya. Eleh!Korang tak nampak ke budak kecik tu dah separuh mati kena tunjal, sepak terajang sampai koyak kulit kepala tu? Astaghfirullah. Saya harap anda semua takkan trauma sampai mati kerana menyesal memikirkan “Kenapalah aku tak gi tahan mamat tu dari belasah budak kecik ni..isk isk”. Dan saya juga berharap saudara mara anda tidak terlibat dalam kejadian yang lebih kurang sama macam drama yang telah anda tonton petang Khamis lepas.

Lepas ni untuk golongan yang kurang cerdik ni..selalunya tak abis ngaji sekolah menengah kot atau pun sampai SPM je kot. Tolong berhati-hati ya..tolonglah mendalami ilmu agama dahulu sebelum anda berkahwin dan sebelum anda memiliki cahaya mata kerana perkahwinan itu besar maknanya bukan sekadar untuk memuaskan hawa nafsu anda. Tolonglah jangan berhenti berdoa kepada Allah kerana saya yakin Allah mendengar doa umatnya. Eh..ker mak dia ni relaks anak meninggal sebab anak tu besok dapat tarik ibu masuk syurga??? Lu pikirlah sendiri.

Maafkan saya kerana agak emosi tapi sebagai ibu yang ada anak sekitar umur 3 tahun ni saya rasa tidak salah untuk saya beremosi sedemikian. Untuk adik Syafiah Humairah, seindah namamu seindah wajahmu selembut senyummu. Saya mendoakan agar adik Syafiah berbahagia di alam sana dan semoga pengorbananmu membawa perubahan yang besar dalam diri saya, masyarakat dan seluruh umat Islam. Al-Fatihah.