Thursday, January 20, 2011

Apabila suatu tarikh itu sudah tidak penting lagi

Baiklah anda semua, hari ini kita akan berbincang mengenai nombor-nombor antara 1 hingga 10 yang apabila tersusun akan memberi sejuta makna sejuta erti kepada kita apabila ianya bergabung sebagai suatu tarikh yang amat bermakna kepada kita.


Contoh yang paling dekat dengan diri seseorang ialah tarikh seseorang itu dilahirkan, tarikh mula bersekolah di sekolah kebangsaan (kalau ingat lagi laa..hahaha), tarikh memasuki sekolah berasrama penuh (heh…show off nyer..), tarikh memasuki kelas matrikulasi, tarikh memasuki universiti, tarikh mendapat lesen kereta (saya tak ingat pun), tarikh first pegi dating ngan suami masa bercinta atau tarikh festime dating, tarikh nikah, tarikh lahir anak2, tarikh lahir suami atau ahli keluarga terdekat.


 Heyy…banyak tew nak hingattt….tapi disebabkan ia sesuatu yan gbermakna untuk diingati, maka saya rasa tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita meraikan dengan acara makan-makan, jalan-jalan atau memberikan hadiah la kan.



Tapi saya paling tidak faham apabila seseorang itu tidak suka meraikan peristiwa-peristiwa penting berkaitan dengan tarikh yang wujud dalam kehidupan orang lain. Apatah lagi seseorang itu agak rapat la kan dengan saya. Herm..saya pun tidak sedar sejak bila sikap tidak suka mengingati tarikh tu timbul dalam dirinya. Agaknya bila saya mati nanti pun adalah menjadi suatu perkara yang tidak penting untuk diingati. Hurm...bila difikirkan lah ..tarikh keputeraan Nabi Muhamma S.A.W pun diingati oleh umat seluruh dunia.


Inikan pula tarikh lahir atau tarikh pernikahan apatah lagi la kalau sudah mencapai usia 10 tahun. Penting untuk diingati tu sebab dengan izin Allah kita berjaya melayari fasa pertama bahtera kehidupan pahit maung, susah senang, tangis tawa dan onak ranjau kehidupan. Oh..betapa bersyukurnya kehadrat Illahi kerana dengan izinNya kita masih lagi bertahan dan cuba memperbaiki diri masing-masing. Tapi, bagi saya lah semakin lama saya semakin tidak faham dengan keinginan orang lain sama ada jauh atau dekat. Sekarang saya hanya berserah kepada Allah. Saya telah mencuba yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak. Andai suratan menentukan sebaliknya, saya rela. Sebab saya rasa banyak sifat-sifat dari arwah ibu telah menular dalam diri dan walau saya cuba belajar untuk mengatasinya, saya tetap dipersalahkan. Adakah akhirnya saya akan mengikuti jejak langkah ibu saya..hanya Allah yang tahu.

Thursday, January 6, 2011

Akhirnya Kami Ke Restoran Saba, Cyberjaya

Yea…seperti tajuk di atas, memang kami berjaya menjejakkan kaki ke sana setelah beberapa kali konfrontasi, gaduh-maduh hah..memacam lagi la.

Saya pun tak tahu nak oder apa Cuma Chicken and Lamb Kasbath seperti yang dicadang encik suami. Air lemon tea n milo ais aje. Takde Barbarican atau barbiturate..eh silap. Tu istilah kimia eh…ha..takde la air pelik-pelik tu..tunggu saya pegi sendiri nanti baru saya oder.
2 pelanggan pertama
Yang pastinya macam canggih la diorang ni amik order siap guna kad lagi ala…macam kad kredit tu..mungkin untuk senang semak total profit/loss setiap hari takyah nak key in atau macam kat kedai Kasut Steve dulu-dulu..masa malam-malam before tutup kedai tu dia akan execute pendapatan untuk hari tu..takat kedai kasut, berapa sangat la orang datang nak membeli kan..takkan hari-hari beli kasut..ye tak Steve (owner Kedai Kasut City kat level 1, Warta Bangi)

Okay berbalik kepada Restoran Saba, nampak pelayan dia bawak yang kami order tu. Dalam hati kata (Eleh..ni je ke yang dok heboh-heboh best tu?). Tapi saya sempat la tangkap gamba sedikit sebanyak. Orait..sesi memasukkan nasi ke dalam mulut. Lepas baca Bismillah terus la ngap..duhaiiiii….mmmmmmmmmm…lembutnyaaaaaaaaaa…sedapnya……..! Hahaha…ni la orang kata Don’t judge the book by its cover. Rupa-rupanya memang nyaman bah! Sedap betul!! Lamb dia memang lembut sangat especially Chicken Kasbath tu..mak ai…memang menyelerakan. Tambah dengan acar potong kecik2 n cili dia…memang perfect!
 
Lamb Kasbath
  
Chicken Kasbath
 
Pembayar la...
 
Adam Izz kata "emm...sedapnya!"

Kompem kitaorang dok kat area dapo la kot wahah
Tapi saya makan tak habis jugak sebab portion besar walaupun size regular. Eh…ke sebab saya beru balik dari sesi bertemu dan menduga dengan syarikat yang agak glemer la untuk bidang IT. Tapi mengenangkan saya bekerja untuk “project based” di mana waktu kerja oh…tidak seperti sekarang, Masa saya tiba pukul 7.00pm pun mereka tengah rancak bermesyuarat..Owh katakana tidak kepada persekitaran kerja macam tu. Bukan pilihan saya lagi. Lagipun it is negotiable. Takat naik rm200, my current company boleh provide lebih lagi di review gaji tahun ini Insyaallah.

Owh..berbalik kepada Restoran Saba lagi, lupa nak bagitau saiz hidangan ada Regular dan Large. Small takde. Untuk Regular tu bagi seisiapa yg perut tidak sebesar perut saya atau anda sedang berdiet, memang boleh sangat kalau nak share. Untuk cerita dan gambar lebih lanjut boleh check kat blogger SumiJelly. Lain2 u all boleh la click Google search Key Word “Restoran Saba Cyberjaya”. Hehe…

Wednesday, January 5, 2011

Dah lama tak bertemu dan menduga

Hurm...tajuk agak pelik tapi sebab nak buat orang lain meneka jadi saya buat aje tajuk macam tu. Erm..kalau nak difikirkan saya memang selesa dengan persekitaran kerja saya sekarang. Aman, tenteram dan fokus walaupun saya ni coklat cadbury di antara nougat toblerone perisa madu dan almond. Haha..
Tapi demi pengalaman saya akan cuba juga. Dah survey penanya soalan esok. Alamak..dia ialah mutual friend ngan Ex-Boss kat mmcsb. Positively, mungkin dah tahu sedikit sebanyak cerita saya masa kat projek lama hahah.
Apa pun saya berdoa semoga Allah yang menentukan segala. Kita hanya mampu berusaha.
Insyaallah...Insyaallah (Ala-ala Maher Zain ok?)

Monday, January 3, 2011

Sesi Persekolahan 2011 for Erry

Alhamdulillah..dah selamat menghantar Erry ke sekolah dia di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Kami bertolak dari rumah tidaklah awal sangat. Tiba di sekolah dalam pukul 7.05am. Wah..ramai sungguh ibu bapa menghantar anak-anak terutama sekali bagi tahun satu dan juga pra-sekolah.
Hari ni pertama kali semenjak 2 tahun berturut-turut saya tidak menghantar Erry ke sekolah di hari pertamanya. Erry mendaftar di Kelas 4 C (Cemerlang). Nama Erry yang ke-5 dalam senarai yang sangat kami banggakan. Syukur Alhamdulillah.
Yelah...dia berusaha 90% sendiri dengan pembelajaran di kelas dan 10% daripada tunjuk ajar ayahnya. Heh! Ibu mana yang tidak bangga. Alhamdulillah..hope she's alright.
Tadi sempat sanp gambar dia dan bestfriend dia AmirahHa (tu panggilan yang ayah dia cetuskan sebab ada 2 Amira dalam kelas tu hehe..)
Disebabkan dia dah mula malu, so cepat-cepatla mami dia yang cas comel ni tinggalkan dia bersama rakan-rakan. Kakak...jangan lupa hari ni nak naik van balik dari school, okay!
Me and my husband dah plan nak intai dari jauh macam mana Erry nak queue tunggu van. Harap-harap dia tak tertinjau-tinjau cari keta atos kaler emas yang ayah dia selalu pandu bawa dan ambil dia dari sekolah.
Setelah berminggu-minggu Erry bertanya bila bak sekolah, bila nak sekolah..nah akhirnya impian tercapai. Tak larat nak layan adegan PITAM (tu gelaran yang me and my siblings pernah beri kepada my brother the 3rd, Azmir sewaktu nak masuk boarding school suatu ketika dulu).PITAM is an acronym for (Persatuan Tiada Arah Malaysia). Orang Kelantan tau la tiada arah tu macam mana kondisinya.hehe....
Okay Erry..Happy Schooling!! Dah mata 4 tu mesti la lagi cemerlang gemilang terbilang result exam ya!


Oh ya...untuk melihat maklumat tentang Sesi Persekolahan tahun 2011, sila lawati laman Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/?id=275&lang=my .

Sunday, January 2, 2011

Basikal Baru

Hahah...planning kan hari tu kata nak balik kampung Melaka. Konon-konon sambut tahun baru and macam-macam lagi la nak Qadha' sebab lama tak balik kampung.
Aiseh dah tak ingat cerita la macam mana..tapi yang saya ingat ajak Cik Ana and my MIL aka Nenek ke kedai basikal. Haha...Erry teringin nak naik basikal kat kampung sebab tak larat la kan nak angkut dalam keta tiap kali balik ke kampung kan.
Mula-mula nak tong-tong ngan nenek tapi tiba-tiba Cik Ana nak banjer Erry sebab masa besday Erry dia tak belikan hadiah. Terima kasih banyak2 ye Cik Ana. Moga bertambah murah rezeki hendaknya.
Mula-mula tengok basikal warna biru..kecil je tapi ala-ala BMX.
Lepas tu Cik Ana kata kat kedai sebelah ada basikal kaler putih, gaya classic gitu...okay kitaorang semua pegi tengok..erm..memang klasik sungguh tapi susah nak dapat la kot lately haha...
Very girlish..cantik la sebab ada sticker pink-pink gitu...

Taraa! Pink deco..:)
Eh...tetiba teringin nak beli untuk Adam pulak! Sapa la yg geletis nak beli tu kalau bukan maminya hahaha..
Takpela tolong topapkan lagi..tapi nenek takmo amik..hurm..takpe la kita belanja semua orang makan la..yihaa! terima kasih nenek n cik ana tolong belanja anak-anak saya basikal baru. Tapi adam boleh gilir-gilir dengan Aleeya.    
Baru vs Lama

Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua dan selamat menyambut tahun baru 2011!

Syukurnya saya dapat menulis lagi seawal 1.1.2011 untuk tahun ini. Inilah hijrah tahun baru saya iaitu untuk merajinkan diri mengemaskini blog saya serta berkongsi ilmu pengetahuan dengan anda semua terutamanya melalui buku-buku yang dibeli atau artikel2 yang dibaca. Yelah setelah melayan Adam Izz menyaksikan bunga api dari tingkap bilik tidur kami serta melipat pakaian yang telah kering. Oh...esok Insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman suami di Melaka.

Saya tidak mempunyai azam yang banyak berjela-jela atau begitu rumit untuk ditunaikan. Dua saja hijrah saya untuk tahun ini iaitu menguruskan masa dengan terbaik serta menjadi hamba yang terbaik kepada Pencipta yang dikasihi seluruh umat Islam, iaitu Allah Subhanahuwata'aala.

Perkara yang lain adalah cita-cita saya termasuk menjadi ibu yang disayangi oleh anak-anak serta isteri yang menyenangkan hati suami saya.

Seperkara lagi yang saya ingin kongsi bersama anda setelah menonton Semanis Kurma kendalian Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah bersama dengan suami beliau pada 30 Disember 2010 iaitu 5 perkara yang perlu dititikberat kan untuk tahun baru ini iaitu:

1. Setiap perkara termasuklah tindakan kita, kerja kita hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah. Ini adalah merujuk kepada bacaan dalam Doa Iftitah "Innasolaati Wanusuki Wamahyaaya Wamamaati Lillahi Rabbil 'Aalamin" bermaksud "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam".

2. Menggantikan perkataan azam (sekiranya dirasakan terlalu membebankan kita) dengan perkataah Hijrah yang tampak lebih ringkas tetapi bermakna.

3. Hendaklah kita sedar bahawa diri kita telah banyak melakukan kesilapan, maka adalah digalakkan untuk kita sentiasa bertaubat kepada Allah dengan sentiasa beristighfar kepadaNya seboleh2nya lebih dari 100 kali setiap hari. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w yang maksum pun beristighfar kepada Allah lebih daripada 100 kali sehari. Kelebihan untuk mereka yang beristigfar dan bertaubat di antaranya:

• Disayangi Allah

• Didoakan oleh Malaikat hendaknya

• Dikurniakan rezeki yang sebanyak-banyakya oleh Allah

• Diangkat darjatnya oleh Allah dan ditinggikan kedudukan di sisi Allah di akhirat kelak, Insyaallah.

4. Membuka buku baru dengan rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah di dunia, dikurniakan peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumiNya.

5. Mengamalkan bacaan dari Surah Al-A'raff ayat 23 (doa pengampunan oleh Nabi Adam dan Hawa setelah memakan buah khuldi) serta Surah Al-Qasas ayat 17.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghadapi hari-hari mendatang di tahun 2011 ini :).