Monday, January 3, 2011

Sesi Persekolahan 2011 for Erry

Alhamdulillah..dah selamat menghantar Erry ke sekolah dia di Sekolah Kebangsaan Cyberjaya. Kami bertolak dari rumah tidaklah awal sangat. Tiba di sekolah dalam pukul 7.05am. Wah..ramai sungguh ibu bapa menghantar anak-anak terutama sekali bagi tahun satu dan juga pra-sekolah.
Hari ni pertama kali semenjak 2 tahun berturut-turut saya tidak menghantar Erry ke sekolah di hari pertamanya. Erry mendaftar di Kelas 4 C (Cemerlang). Nama Erry yang ke-5 dalam senarai yang sangat kami banggakan. Syukur Alhamdulillah.
Yelah...dia berusaha 90% sendiri dengan pembelajaran di kelas dan 10% daripada tunjuk ajar ayahnya. Heh! Ibu mana yang tidak bangga. Alhamdulillah..hope she's alright.
Tadi sempat sanp gambar dia dan bestfriend dia AmirahHa (tu panggilan yang ayah dia cetuskan sebab ada 2 Amira dalam kelas tu hehe..)
Disebabkan dia dah mula malu, so cepat-cepatla mami dia yang cas comel ni tinggalkan dia bersama rakan-rakan. Kakak...jangan lupa hari ni nak naik van balik dari school, okay!
Me and my husband dah plan nak intai dari jauh macam mana Erry nak queue tunggu van. Harap-harap dia tak tertinjau-tinjau cari keta atos kaler emas yang ayah dia selalu pandu bawa dan ambil dia dari sekolah.
Setelah berminggu-minggu Erry bertanya bila bak sekolah, bila nak sekolah..nah akhirnya impian tercapai. Tak larat nak layan adegan PITAM (tu gelaran yang me and my siblings pernah beri kepada my brother the 3rd, Azmir sewaktu nak masuk boarding school suatu ketika dulu).PITAM is an acronym for (Persatuan Tiada Arah Malaysia). Orang Kelantan tau la tiada arah tu macam mana kondisinya.hehe....
Okay Erry..Happy Schooling!! Dah mata 4 tu mesti la lagi cemerlang gemilang terbilang result exam ya!


Oh ya...untuk melihat maklumat tentang Sesi Persekolahan tahun 2011, sila lawati laman Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia di http://www.moe.gov.my/?id=275&lang=my .

No comments:

Post a Comment