Thursday, January 6, 2011

Akhirnya Kami Ke Restoran Saba, Cyberjaya

Yea…seperti tajuk di atas, memang kami berjaya menjejakkan kaki ke sana setelah beberapa kali konfrontasi, gaduh-maduh hah..memacam lagi la.

Saya pun tak tahu nak oder apa Cuma Chicken and Lamb Kasbath seperti yang dicadang encik suami. Air lemon tea n milo ais aje. Takde Barbarican atau barbiturate..eh silap. Tu istilah kimia eh…ha..takde la air pelik-pelik tu..tunggu saya pegi sendiri nanti baru saya oder.
2 pelanggan pertama
Yang pastinya macam canggih la diorang ni amik order siap guna kad lagi ala…macam kad kredit tu..mungkin untuk senang semak total profit/loss setiap hari takyah nak key in atau macam kat kedai Kasut Steve dulu-dulu..masa malam-malam before tutup kedai tu dia akan execute pendapatan untuk hari tu..takat kedai kasut, berapa sangat la orang datang nak membeli kan..takkan hari-hari beli kasut..ye tak Steve (owner Kedai Kasut City kat level 1, Warta Bangi)

Okay berbalik kepada Restoran Saba, nampak pelayan dia bawak yang kami order tu. Dalam hati kata (Eleh..ni je ke yang dok heboh-heboh best tu?). Tapi saya sempat la tangkap gamba sedikit sebanyak. Orait..sesi memasukkan nasi ke dalam mulut. Lepas baca Bismillah terus la ngap..duhaiiiii….mmmmmmmmmm…lembutnyaaaaaaaaaa…sedapnya……..! Hahaha…ni la orang kata Don’t judge the book by its cover. Rupa-rupanya memang nyaman bah! Sedap betul!! Lamb dia memang lembut sangat especially Chicken Kasbath tu..mak ai…memang menyelerakan. Tambah dengan acar potong kecik2 n cili dia…memang perfect!
 
Lamb Kasbath
  
Chicken Kasbath
 
Pembayar la...
 
Adam Izz kata "emm...sedapnya!"

Kompem kitaorang dok kat area dapo la kot wahah
Tapi saya makan tak habis jugak sebab portion besar walaupun size regular. Eh…ke sebab saya beru balik dari sesi bertemu dan menduga dengan syarikat yang agak glemer la untuk bidang IT. Tapi mengenangkan saya bekerja untuk “project based” di mana waktu kerja oh…tidak seperti sekarang, Masa saya tiba pukul 7.00pm pun mereka tengah rancak bermesyuarat..Owh katakana tidak kepada persekitaran kerja macam tu. Bukan pilihan saya lagi. Lagipun it is negotiable. Takat naik rm200, my current company boleh provide lebih lagi di review gaji tahun ini Insyaallah.

Owh..berbalik kepada Restoran Saba lagi, lupa nak bagitau saiz hidangan ada Regular dan Large. Small takde. Untuk Regular tu bagi seisiapa yg perut tidak sebesar perut saya atau anda sedang berdiet, memang boleh sangat kalau nak share. Untuk cerita dan gambar lebih lanjut boleh check kat blogger SumiJelly. Lain2 u all boleh la click Google search Key Word “Restoran Saba Cyberjaya”. Hehe…

No comments:

Post a Comment