Baiklah anda semua, hari ini kita akan berbincang mengenai nombor-nombor antara 1 hingga 10 yang apabila tersusun akan memberi sejuta makna sejuta erti kepada kita apabila ianya bergabung sebagai suatu tarikh yang amat bermakna kepada kita.
Contoh yang paling dekat dengan diri seseorang ialah tarikh seseorang itu dilahirkan, tarikh mula bersekolah di sekolah kebangsaan (kalau ingat lagi laa..hahaha), tarikh memasuki sekolah berasrama penuh (heh…show off nyer..), tarikh memasuki kelas matrikulasi, tarikh memasuki universiti, tarikh mendapat lesen kereta (saya tak ingat pun), tarikh first pegi dating ngan suami masa bercinta atau tarikh festime dating, tarikh nikah, tarikh lahir anak2, tarikh lahir suami atau ahli keluarga terdekat.
Heyy…banyak tew nak hingattt….tapi disebabkan ia sesuatu yan gbermakna untuk diingati, maka saya rasa tidaklah menjadi satu kesalahan untuk kita meraikan dengan acara makan-makan, jalan-jalan atau memberikan hadiah la kan.
Tapi saya paling tidak faham apabila seseorang itu tidak suka meraikan peristiwa-peristiwa penting berkaitan dengan tarikh yang wujud dalam kehidupan orang lain. Apatah lagi seseorang itu agak rapat la kan dengan saya. Herm..saya pun tidak sedar sejak bila sikap tidak suka mengingati tarikh tu timbul dalam dirinya. Agaknya bila saya mati nanti pun adalah menjadi suatu perkara yang tidak penting untuk diingati. Hurm...bila difikirkan lah ..tarikh keputeraan Nabi Muhamma S.A.W pun diingati oleh umat seluruh dunia.
Inikan pula tarikh lahir atau tarikh pernikahan apatah lagi la kalau sudah mencapai usia 10 tahun. Penting untuk diingati tu sebab dengan izin Allah kita berjaya melayari fasa pertama bahtera kehidupan pahit maung, susah senang, tangis tawa dan onak ranjau kehidupan. Oh..betapa bersyukurnya kehadrat Illahi kerana dengan izinNya kita masih lagi bertahan dan cuba memperbaiki diri masing-masing. Tapi, bagi saya lah semakin lama saya semakin tidak faham dengan keinginan orang lain sama ada jauh atau dekat. Sekarang saya hanya berserah kepada Allah. Saya telah mencuba yang terbaik untuk diri saya dan anak-anak. Andai suratan menentukan sebaliknya, saya rela. Sebab saya rasa banyak sifat-sifat dari arwah ibu telah menular dalam diri dan walau saya cuba belajar untuk mengatasinya, saya tetap dipersalahkan. Adakah akhirnya saya akan mengikuti jejak langkah ibu saya..hanya Allah yang tahu.














