Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Salam semua dan selamat menyambut tahun baru 2011!

Syukurnya saya dapat menulis lagi seawal 1.1.2011 untuk tahun ini. Inilah hijrah tahun baru saya iaitu untuk merajinkan diri mengemaskini blog saya serta berkongsi ilmu pengetahuan dengan anda semua terutamanya melalui buku-buku yang dibeli atau artikel2 yang dibaca. Yelah setelah melayan Adam Izz menyaksikan bunga api dari tingkap bilik tidur kami serta melipat pakaian yang telah kering. Oh...esok Insyaallah kami sekeluarga akan pulang ke kampung halaman suami di Melaka.

Saya tidak mempunyai azam yang banyak berjela-jela atau begitu rumit untuk ditunaikan. Dua saja hijrah saya untuk tahun ini iaitu menguruskan masa dengan terbaik serta menjadi hamba yang terbaik kepada Pencipta yang dikasihi seluruh umat Islam, iaitu Allah Subhanahuwata'aala.

Perkara yang lain adalah cita-cita saya termasuk menjadi ibu yang disayangi oleh anak-anak serta isteri yang menyenangkan hati suami saya.

Seperkara lagi yang saya ingin kongsi bersama anda setelah menonton Semanis Kurma kendalian Dato' Ustazah Siti Nor Bahiyah bersama dengan suami beliau pada 30 Disember 2010 iaitu 5 perkara yang perlu dititikberat kan untuk tahun baru ini iaitu:

1. Setiap perkara termasuklah tindakan kita, kerja kita hendaklah dilakukan ikhlas kerana Allah. Ini adalah merujuk kepada bacaan dalam Doa Iftitah "Innasolaati Wanusuki Wamahyaaya Wamamaati Lillahi Rabbil 'Aalamin" bermaksud "Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah semesta alam".

2. Menggantikan perkataan azam (sekiranya dirasakan terlalu membebankan kita) dengan perkataah Hijrah yang tampak lebih ringkas tetapi bermakna.

3. Hendaklah kita sedar bahawa diri kita telah banyak melakukan kesilapan, maka adalah digalakkan untuk kita sentiasa bertaubat kepada Allah dengan sentiasa beristighfar kepadaNya seboleh2nya lebih dari 100 kali setiap hari. Ini adalah kerana Nabi Muhammad s.a.w yang maksum pun beristighfar kepada Allah lebih daripada 100 kali sehari. Kelebihan untuk mereka yang beristigfar dan bertaubat di antaranya:

• Disayangi Allah

• Didoakan oleh Malaikat hendaknya

• Dikurniakan rezeki yang sebanyak-banyakya oleh Allah

• Diangkat darjatnya oleh Allah dan ditinggikan kedudukan di sisi Allah di akhirat kelak, Insyaallah.

4. Membuka buku baru dengan rasa bersyukur kerana masih dipanjangkan umur oleh Allah di dunia, dikurniakan peluang untuk hidup dan bernafas di muka bumiNya.

5. Mengamalkan bacaan dari Surah Al-A'raff ayat 23 (doa pengampunan oleh Nabi Adam dan Hawa setelah memakan buah khuldi) serta Surah Al-Qasas ayat 17.

Semoga dengan sedikit perkongsian ilmu ini dapat memberi manfaat kepada kita semua untuk menghadapi hari-hari mendatang di tahun 2011 ini :).

No comments:

Post a Comment