Ohh…lama sungguh saya tak memandu kereta warna gold saya. Hari ni walaupun saya keluar lambat dari rumah tetapi arakian kelincahan kereta saya slot-in (cilok) sana sini menjadi punca saya tiba pada waktunya ke pejabat. Syukur!
Saya berpuasa ganti hari ni. Mengikut kiraan saya ada lagi dalam 8 hari untuk saya ganti (bagi puasa Ramadhan lepas). Jumlah hari yang ditinggalkan banyak sedikit kerana keadaan kesihatan memaksa saya untuk tidak berpuasa. Tapi Ramadhan yang sebelum-sebelum tu tak habis juga lagi. Pun saya tak ingat berapa hari yang telah ditinggalkan. Ya Allah ampunkanlah saya ni. Saya berazam untuk berpuasa setiap Isnin dan Khamis mulai minggu ini dengan niat menggantikan puasa-puasa yang telah saya tinggalkan dahulu. Moga saya beroleh kekuatan untuk menggantikan puasa-puasa saya itu.
Petang dalam pukul 4.30 saya lihat melalui tingkap bilik Project Managers EF, hujan memang lebat sangat di luar. “Adoi…dahla time saya bawak kereta gold saya ni. Hujan lebat pula”. Kesian kereta saya yang dah tak muda sangat tu. Tepat je jam 5.45pm saya terus keluar dari pejabat dan bergegas ke lif. Adik opismate call suh tolong ambil payung dia pula. Ok, dah ambil tu saya turun dan pass payung kat dia, kemudia terus ke tempat letak kereta kat B3.
Perjalanan kat PJ Alhamdulillah ok. Kat Plaza Tol Sunway pun tak sesak sangat. Hurm..musykil ni. Kemudia waktu saya konon-konon tengah nak slot-in tu nampak macam ada lorong baru je sebelah kanan jalan. “Eh..ada signboard Putrajaya, Puchong perdana..harus ikut ni!”. Saya nampak staf Litrak sedang memanggil-manggil untuk masuk ke lorong itu. Maka saya pun ikut je lah. Wah!! Sangat clear jalan ni. Rupanya ada lencongan khusus untuk pengguna yang nak ke Puchong Perdana, Putrajaya dan Subang. Oo…sekarang baru saya teringat ada flyer yang menyatakan tentang laluan kontra di LDP pagi tadi bermula hari ini, 8 Mac 2010. Maklumat lanjut boleh didapati di arkib utusan malaysia.
Macam tak percaya je saya dapat tiba di taska Dadam tepat pukul 7 p.m walaupun trafik agak perlahan disebabkan hujan yang tersangatlah lebanya. Alhamdulillah!

No comments:
Post a Comment