Wednesday, March 10, 2010

Warga Afrika dan Cerita Kanak-kanak di Malaysia

Pagi tadi semasa perjalanan ke ofis (jalan adalah sangat lancar..saya tiba awal ke ofis tau), saya tengok kat berita tv1 ada laporan tentang kes rogol di apartment Flora Damansara dan perogolnya adalah dari warga Afrika. (rujuk http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenuntutkolejkenarogollelakiwargaAfrika/Article/index_html)
Astaghfirullah..berdiri bulu roma saya. Mana taknya, pesalah tu boleh tarik aje budak perempuan tu keluar dari lif, bawak pergi rumah dia dan buat operasi. Jiran tetangga memang tak boleh la nak diharapkan. Semua dah terpengaruh dengan filem dari barat di mana kebanyakan jiran memang tak mahu ambil tahu keadaan sekeliling. Bila dah terkena batang hidung barulah menyesal. Adik ofismate saya baru je bercerita tentang warga Afrika kat aparment dia (Flora Damansara ni lah) tengah hari semalam. Tengok-tengok hari ni keluar berita macam ni. Kat Nilam Condo pun dah bersepah-sepah diorang ni. Mana taknya diorang boleh bayar sewa mahal-mahal. Ada yang mencecah rm1K sebulan. Ada sorang member ni dengan bangganya beritahu saya kawan dia punya unit bagi sewa kat foreigner rental price 1K. Memang la dapat untung banyak tapi fikirlah tentang penghuni lain yang tinggal kat situ. Risau memikirkan kalau ada yang tinggal anak-anak berseorangan selepas waktu sekolah. Ish..diorang tu ada hati jugak nak usik-usik Dadam. Erry tak suka sebab katanya ada bau masam diorang tu.

Masalahnya Malaysia macam dah kebanjiran warga Afrika kebelakangan ni. Dahla warga Indon dah ramai, Vietnam lagi, Myanmar lagi, Bangladesh, Nepal ditambah lagi dengan geng-geng orang hitam ni. Ish..apa nak jadi ni. Agak-agak kat Kastam ni ada semak ke kuota kemasukan warga asing ni? Apa yang saya dapat lihat dan dengar, rakyat Malaysia sendiri sudah tidak rasa selamat berada di Negara sendiri. Dahla semua orang masih terpukul dengan kegawatan ekonomi, ada pula makhluk ‘asing’ ni menyesakkan lagi otak benak rakyat Negara ini.

Dah tiba kat ofis tu masa baca surat khabar ‘online’, cerita ni pula timbul.

Cerita Kanak-kanak 1

Erm. Tak habis-habis lagi ke kes aniaya kanak-kanak ni. Terbaru saya baca kat surat khabar hari ni 3 orang kanak-kanak cedera setelah diserang seorang lelaki ketika mereka sedang bersarapan di tadika. Sedihnya saya! Memang dah hilang akal agaknya lelaki ni. Adak e kanak-kanak yang tak ada salah apa-apa tu kau pergi pukul? Kenapa kau tak ambil saja tukul tu cuba ketuk jari-jari kau dulu takpun kau ketuk je kepala kau sendiri. Sedangkan sikit je ketukan pun dah rasa sakit. Inikan pula kau ketuk sepenuh hati. Ish!! Tembak ajalah orang yang sebegini. Menyusahkan hidup aje.

Cerita Kanak-kanak 2 

Yang ni pulak pengikut ajaran sesat mana saya pun tak tahu. Siap boleh nikah dalam kereta sambil memandu pulak tu!! Haiii… Nama aje negeri Serambi Mekah tapi perangai orang yang tinggal kat sini takdelah seharum nama gelarannya. Memalukan saya je sebagai salah seorang yang dilahirkan di sana. Pelik lah saya. Budak umur 10 tahun di zaman sekarang ni..tarafnya lebih kurang budak umur 6 atau 7 tahun pada zaman saya dulu. Sebab diorang ni memang agak kebudak-budakan. Bayangkanlah anak sulung saya berumur 9 tahun tapi masih main lompat tilam dengan adik dia, makan pun kita yang isikan nasi serta lauk pauk, ikan pun kita yang cubit dah isi ke dalam pinggan dia. Ayah atau Baba dia boleh pula nak nikahkan dengan kawan dia yang sebaya dengan Baba kanak-kanak itu. Eh..mabuk ke ayah dia ni? Memang la saya rasa Baba kanak-kanak ni ingin menjejak langkah Nabi Muhammad s.a.w iaitu berkahwin dengan Saidatina Aisyah yang pada masa itu dalam lingkungan umur yang sama tapi kita harus mengadaptasi pula dengan persekitaran zaman sekarang ini yang pada pendapat saya jauh bezanya dengan persekitaran pada zaman adanya Rasulullah s.a.w. Hurm..kasihan budak perempuan yang tak bernama itu. Moga dia sentiasa di bawah perlindungan Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment