Hari ni saya berSubuh gajah. Pukul 7.00 am baru sempat menunaikan solat. Maafkan hambamu ini Ya Allah. Tula..sapa la suruh tidur lambat lagi. Tapi selepas solat Subuh gajah pun saya tetap menyambung tidur. Almaklum la suamiku tiada di rumah kerana Outstation ke Kedah. Pukul 8.30 am, kedu-dua anakku dah bangun. Erry dah lapar. Dadam minta dinaikkan ke dalam buai. Eh apalah budak ni..makin besar makin nak berbuai. Takpe..layan je lah. Erry makan roti delicia ajer sambil saya buat teh pekat (teh susu kata orang Kelantan or air teh ikut bahasa standard).
Cuaca agak redup di luar. “Wah..bolehla mandi kolam ni Kakak”..kata saya kepada Erry. KEdua-dua anakku gembira dan terus bersiap-siap untuk ke kolam mandi kat bawah. Tiba di sana memang ada sepasang suami isteri Cina bersama anak kecil mereka sedang mandi. Saya menegur mereka dan kami bercerita serba sedikit sebelum Dadam menguasai papan lungsur kat bahagian kolam kanak-kanak itu. Sekarang Dadam dah pandai menguis-nguis tangannya dan mengayuh kaki ala-ala swimmer gitu. “Tak lama lagi Dadam mesti pandai berenang sendiri ni” kata say alagi kepada Erry. Erry setuju dengan pendapat saya. “Macam Ikmal la mami. Cepat belajar”. Ikmal ialah adik kepada Kak Nana, kawan kakak di Nilam Condo. Tak berapa lama, saya nak beli surat khabar di mini market tepi club house. Anak-anak saya mengikut pula. Lepas beli tu ingatkan nak sambung berendam tapi dua-dua tak mahu. Sejuk sangatlah tu..hehe..
Hari ni plan masak ikan goreng dan sup sayur campur. Tapi pukul 2 barulah siap menu kerana saya membersih sayur-sayuran serta memotong terus untuk disimpan dalam bekas supaya senang digunakan minggu depan nanti. Oleh kerana terlalu lapar (saya tak bersarapan pun..Cuma minum teh pekat aje) saya terus memakan nasi putih bersama lauk yang sangat ringkas tu. Alhamdulillah! Kenyang. Barulah boleh solat, kan?
Ikan goreng rangup resipi Terengganu
Sup sayur campur ringkas
Kak Nana datang bermain monopoly di rumah saya. Sebaik je saya dah mandi and nak solat, Dadam bangun. Tetiba pintu gril berbunyi macam ada orang nakmasuk rumah. Eh..suamiku dah tiba ke rumah rupanya. (Masih tak nak sembang sangat tu). Tapi saya menyelambakan diri menegur, menghidangkan air teh ais untuknya sambil passing air oren kat dadam. SElepas solat Zohor, saya mengambil minyak panas untuk urut badan suami..sebab terdengar dia minta tolong kakak ketuk bahu tadi. Hehe..taktik selamba Berjaya dan kami telah pun berbaik-baik. Tapi dia tetap dengan kenyataan bahawa semenjak hari ini, saya tidak dibenarkan lagi untuk gathering atau reunion bersama kawan-kawan baik lama mahupun yang baru. (ala-ala perintah berkurung la ni..semua ni gara-gara pergi jamuan makan kawan masa UKM berdekatan kawasan rumah kedai@pejabat BBP2 di mana sekonyong je pulang dari jamuan tu kelopak mata saya memang tidak dapat dibendung lagi..asyik tertutup dan tersengguk-sengguk walhal malam masih muda iaitu dalam pukul 10.00pm. Sedihnya…! Tapi apakan daya..janji saya dan suami dah okey I think everything gonna be okay too! Insyaallah.
mmm yummeh!i love it!tried n recommended!
ReplyDelete