Friday, March 5, 2010

Jumaat yang mulia tapi saya hilang sabar

Salam pagi Jumaat kepada semua. Heh..nak tahu tak hari ni pagi-pagi lagi saya dah makan nasi putih? (Nasi kukus malam tadi la..tak sempat makan sebab ‘ter’tidur punya pasal). Bekal Erry simple saja that is fried hash brown patties. So dah siap awal semua mula la nak lengah-lengah (or Kelantanese would say that as ‘loleh-loleh’) until saya teringat yang kereta itam tu nak kena fill up tank baru boleh sampai ofis. Kalau tak memang tak sempat sampailah punya. Then barulah saya mula memecut clean up the dishes and leftovers, top up susu Dadam, bancuh scott emulsion plus orange juice. Zap zup zap saya dah siap dan kami tiba ke kereta jam 7.39am (lambat 10 minit dari biasa). Risau dah ni. Tapi all the way memang baca surah-surah aje..surah Nabi Yunus terlantar dalam perut ikan, selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan ayat Kursi. Singgah kat BHP (tempat saya pernah kena ragut). This time memang berhati-hati sebelum buka pintu and terus kunci pintu kereta selepas keluar. Top up Smart Tag and isi petrol sekadar cukup je. Kalau isi banyak kang lama pulak. Hehe. Then otw jalan tu syukur memang clear la..sampai kat toll sesak la sikit tapi notice board tak la tulis trafik padat..Cuma pesan suruh kita berada di lorong yang betul. Dah sampai area PJ, tesilap ambil route pulak..tapi syukur jugak route tu tak jammed. Dah parking keta tapi lama gak dok situ memikirkan keta ok ke tak sbb bumper kete tgh2 garisan petak parking. Takpelah..naik scan thumbprint dulu. Syukur jugak waktu tiba tu tak masuk rekod. Hehehe.

Erm..saya rasa salah satu sebab Allah memudahkan urusan saya hari ini ialah sempena keberkatan berselawat kepada kekasihNya dan mengingatiNya di hari Jumaat dan yang paling penting sekali adalah keredhaan suami saya sendiri. Saya yakin dengan doa yang beliau panjatkan untuk saya, saya mampu tiba pada waktunya ke pejabat.

Astaghfirullahala’zim! Geramnya saya ni. Masa balik dari solat kat surau ni ada la bertembung ngan 2 orang staf ofis kami yang lain. Saya pun menegur lah salah seorang yang dah tiba kat kitaorang depan lif ni sementara seorang lagi tengah menjawab panggilan telefon. Adakah patut dia tak jawab teguran saya sambil mengunyah-ngunyah kudapan yang dia beli tu? Oh! Hinanya rasa. Then officemate yang seorang lagi tu dah sudah jawab call dia datang dan kata “Hai” kat kami. Itu saya sempat balas. Sepanjang dalam lift u semua orang senyap. Saya hanya bersembang dengan adik ofismate. Bila dah tiba di depam pintu ofis dan setelah tag ID, sekonyong-konyong mamat yang mengunyah-ngunyah ni berlari gaya 'kepit' ke arah HR Manager company (yang masa itu berada di meja receptionist) untuk menawarkan kudapan dia yang kononnya best itu.

Saya dengan perasaan marah + bengang ni terus je kata “Bodek!!” sambil berjalan ke tempat duduk yang beberapa langkah dari meja receptionist tu.


Then tak puas ati lagi saya kata “Kipas! Ampu! Bodek!” lagi. Masa tu tau je la takleh nak bernafas arakian marahnya saya masa itu. Nasiblah adik ofismate saya pesan suruh selawat banyak2. Masalahnya dia fikir dia tu siapa? Tahulah pegang title tinggi ala…takde la tinggi sangat kot..sebab kaki bodek memang la nampak konon tinggi title. Ingat dia bijak and pandang kita ni tak bijak? Sebab saya selalu sengih? Gigi cam Ronaldinho? Sebab saya ni nampak macam takde kerja sangat? (Memang la at the moment takde kerja). Nanti2 adalah kerja saya. Ish…saya berdoa moga Allah memberikan Taufik dan Hidayah kepada orang2 macam ni yang fikir dialah yang paling bijak. Sebab orang ni dah confessed macam memeluk Islam tapi sampai sekarang masih melakukan perkara terlarang. Dan lagi memang masa company punya motivation camp tu saya tension jika berada satu kumpulan dengan dia sebab semua benda dia nak buat sendiri, tidak percayakan ahli kumpulan dan merancang persembahan kumpulan secara syok sendiri! Ya Allah berikanlah dia petunjuk kea rah jalan yang benar lagi lurus Amin.. Ya Rabbal ‘Aalamin.

No comments:

Post a Comment