Hari ni sebab aku terlupa satu pesanan, aku menjadi mangsa kemarahan orang yang rapat denganku. Memangla kita tak tahu niat dia untuk jadi bengis begitu sekali tapi come on la. Aku ni jenis ingat2 lupa. Atas sikit je dari Dowry dalam Finding Nemo tu. Aku macam dengar pesanannya tapi bila tiba masa untuk aktiviti tu aku lupa ajak dia. Mengamuk la dia..satu department tu pandang aku rasa. Ish..sekonyong-konyong je aku mendapat malu diherdik oleh orang yang muda dari aku.
Heh..patutla setengah orang tu pasangannya kadang-kadang takut kepada pasangan masing-masing. Mungkin sebab ada sikap sebegini. Actually arwah ma aku pun telah dikategorikan sebagai ‘bekeng’ oleh orang yang berkongsi hidup dengannya selama 32 tahun. Maybe kerana sikapnya yang tidak sabar dengan kerenah orang-orang yang selow ataupun kurang cerdik di persekitarannya. Arwah ibuku adalah seorang yang bijak padaku. Kat kampong PC tu dia lah yang first guna motor Passola. Cute sangat motornya. Kaler putih merah untuk digunakan masa ‘visit’ pesakit2 kat dalam kampong yang selalunya baru bersalin la. Atau melawat budak2 kekurangan zat makanan. Yela asek makan budu ngan kicap ngan ikan masin jer.
Eh berbalik kepada sikap baran tu..sebab apa yea?
Panas baran bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lalu menyebabkan kanak-kanak itu menjadi marah sehingga kadangkala menjejaskan emosi mereka seperti menjadi takut. Selalu berlaku pada kanakkanak yang berumur 2-4 tahun dan terjadi kepada kanak-kanak laki-laki dan perempuan. Setengah kanak-kanak akan kerap mendapat panas baran dan setengahnya pula terjadi sesekali sahaja bergantung pada keadaan individu tersebut.
Apakah tanda dan gejala panas baran
Tindakbalas yang berlaku ialah :
Menangis
• Menjerit
• Menendang
• Menghentak
• Menahan nafas
• Melontar benda atau barang
Untuk maklumat selanjutnya sila klik link di atas yea.
Ini pula artikel yang ku petik dari BicaraMuslim.
(Rujukan: http://www.brunet.bn/gov/mufti/irsyad/pelita/2003/ic28_2003.htm )
Sebab-sebab Yang Menimbulkan Kemarahan & Cara Mudah untuk mengatasi.
Sebab-sebab yang menimbulkan kemarahan itu ialah sifat megah diri, membanggakan diri, suka bersenda gurau, membuang masa bermain-main, mengejek, memalukan orang, suka bermusuhan, menyalahi janji, dan tamak. Semua sifat yang tersebut di atas adalah budi pekerti yang tercela pada agama, yang mana seseorang itu tidak akan terlepas dari mempunyai sifat marah apabila dia mempunyai sifat-sifat yang tersebut. Jadi untuk menghilangkan sebab-sebab yang menimbulkan sifat marah itu tadi, perlulah seseorang itu bersifat dengan sifat-sifat yang menjadi lawannya. Contohnya sifat megah diri, maka perlulah dia bersifat rendah diri untuk menjauhi sifat marah. Begitu juga sifat membanggakan diri, maka perlulah dia menganggap bahawa manusia itu sebenarnya adalah sama rata sahaja.
Adapun sifat bersenda gurau yang menjadi sebab kepada kemarahan, dapat dihilangkan dengan menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan agama.
Begitu juga sikap membuang masa dengan bermain-main dapat dihilangkan dengan kesungguhan mencari keutamaan, dengan berperangai baik dan menimba pengetahuan agama yang dapat menjamin kebahagiaannya di akhirat kelak.
Sifat mengejek pula dapat dihilangkan dengan sifat memuliakan, dan sifat memalukan orang dapat dihilangkan dengan bersifat menjaga lidah dari perkataan keji. Begitu juga sifat-sifat yang lain, semuanya dapat dihapuskan dengan bersifat dengan lawannya.
Apabila sifat-sifat ini terhapus daripada diri seseorang, maka suci dan bersihlah dia dari sifat-sifat keji tersebut dan terlepaslah dia dari kemarahan yang ada pada dirinya.
Semoga kita akan menjadi insan yang lebih pemaaf.
No comments:
Post a Comment