Saturday, March 6, 2010

Hari yang tidak best


Huhu…hari ni saya rasa ada ‘orang’ yang sangat marah dan geram kat saya. Semuanya berpunca dari sikap saya yang suka mementingkan perkara tidur berbanding perkara-perkara lain. Kenapa saya suka tidur?

1. Sebab selalu baca atau dengar petua mengatakan tidur yang cukup bagus untuk kelihatan muda

2. Mungkin (mungkin..okay?) kerana terlalu penat dengan rutin seharian atau kudrat saya ni memang tak banyak berbanding kudrat orang lain

3. Mungkin saya suka mengambil kesempatan bila ‘orang’ itu ada, saya berpeluang untuk bertidur-tiduran kerana orang itu pun boleh melakukan kerja rumah sama seperti yang saya sentiasa lakukan kecuali acara melipat baju?

4. Mungkin tidur itu saya anggap hobi saya?

5. Mungkinkah ada ‘makhluk’ lain yang menumpang kat badan saya dan menda ini memang suka tidur?

6. Mungkinkah kerana saya ini pemalas?(Ish..Na’uzubillah..tapi kalau hari itu hari ‘Malas Sedunia’ sepatutnya orang itu kenalah faham..mungkin kena buat deklarasi kat facebook supaya semua orang tahu dan orang lain yang tahu boleh la tolong sampaikan kepada ‘orang’ itu?

Jadi, untuk cuba menawan hati ‘orang’ yang marah itu saya bangun seawal mungkin dan sebelum pukul 8 pagi sarapan kueyteow goreng sudah tersedia di atas meja. Untuk pengetahuan residen Nilam Puri Condo, kalau pagi-pagi bunyik blender bising-bising tu adalah datang dari rumah saya, okay? Tolong fahami saya yang suka memasak pagi-pagi ini yea? Terima Kasih. Malangnya ‘orang’ itu yang ada kerja downtime kat ofis client dia telah keluar sebelum saya sempat menjemputnya makan. Adoi…terpaksalah saya bersarapan seorang diri di rumah.

Char Kuey Teow saya yang sedih :-(
Oleh kerana tiada sambutan terhadap sarapan saya yang saya rasa agak sedap itu, maka mood saya memang kurang baik hari ini. Sesiapa yang menelefon atau menghantar sms kepada saya tidak langsung saya balas atau layan. Minta maaf banyak-banyak yea kepada sesiapa yang berkenaan. Insyaallah saya akan menghubungi anda kembali di lain masa.

Baiklah bercakap tentang marah ni, saya rasa saya pernah menulis entry tentang marah sebelum ini. Sila la rujuk entry saya kenapa saya dimarahi?

Koleksi terbaru saya. FOC. :D

Tapi saya tetap meneruskan aktiviti menyental baju kurung skolah kakak, baju2 kerja, mengemas bekas2 yang saya bukan nak guna sangat macam bekas aiskrim yang besar-besar tu, botol air mineral kosong dan Tupperware waniey yang dari tahun bila entah saya simpan. Waniey sorry saya dah lupuskan Tupperware anda yang mahal itu kerana ia sudah mela mengeluarkan bau. Oh..lagi satu saya juga melupuskan bekas garam, kunyit dan gula yang lama dan digantikan dengan koleksi botol sos spageti Prego. Rujuk gambar. Untuk melabel botol-botol ini adalah tugasan Erry. Hehe. Cantik tak?

Pada petangnya ‘orang’ yang marah kat saya tu dah balik..tapi dalam marah-marah tu pun dia masih ingin menjamu kueyteow gorang saya sambil menyatakan kalau tak makan kan, kesian pulak kat saya dah berhempas pulas menggoreng pagi-pagi lagi. Hehe…lega sikit. Tapi sekejap je la.

Malam pula ‘orang’ tu nak outstation ke Kedah. Adoi…bosanlah saya duduk sorang ni. Tapi disebabkan hubungan masih tidak berapa baik maka saya rasa satu kelegaan saya ditinggalkan berseorangan ditemani anak-anak yang periang dan aktif ini.

Selepas anak-anak tidur, saya memulakan satu operasi mengalihkan peti ais ke arah dapur. Tahu sajakah peti ais tu agaknya 2 kali ganda berat saya tak? Tapi teknologi tayar kecil kat bahagian bawah peti ais sekarang membuatkan peti ais ni senang ditolak. Cuma ada sedikit masalah masa menurunkannya dari bendul ke dapur tu. Alhamdulillah dah selesa dan Berjaya dihidupkan. Cuma ruang memasak saya bertambah kecil dan hanya saya je yang muat untuk membongkok dan membuka laci paling kanan cabinet dapur gas tu. Orang lain mungkin bermasalah sikit la. Selepas itu saya memulakan aktivi mengemaskinikan blog sambil mendengarkan ayat Ruqyah (ayat pengusir jin). Manalah tahu kan. Sekadar mencuba. Tapi nampaknya positif..tiada tanda-tanda mengantuk. Alhamdulillah. Tiba-tiba ada bunyi ‘pap!!!’. “alamak..” FIkir saya di dalam hati. “Ada ‘menda’ mengamuk ke ni?”. Saya memberanikan diri menjengah tapi sekadar ke ruang tamu dan ke bahagian partition dapur dengan ruang tamu. Kawasan bilik-bilik lain dan ruang dapur serta yard tu saya tak berani jengah. Bulu betis saya dah berapa kali meremang ni. Siap sempat hantar sms kepada ‘orang’ yang gi outstation. Tapi replynya kata dia baru sudah makan roti canai kat Gunung Semanggol. Alhamdulillah dia okay. Cuma saya dah tak berani nak mengadap laptop atau menyambung kemaskini entri. Tidur kat sebelah DAdam pun saya takut sebab kena menghadap pintu bilik tidur. Maka, saya tidur sebelah Erry kat katil bilik saya. Inilah kali pertama di rumah ini yang saya berasa sangat cuak sekali. Saya membaca Ayat 3 Qul, Ayat Kursi dan lafaz Tasbih, Tahmid dan Takbir…..zzzzz….

1 comment:

  1. u!i suka la ur prego packaging!it comes in handy!nice handwriting la erry! mcm mami punye handwriting masa sek ren dlu la :)

    ReplyDelete