Apakah yang akan anda lakukan bila anda di’serang’ secara fizikal. Baik tanpa niat ataupun berniat untuk menghina anda?
Saya pun pada mulanya tak tahu nak bereaksi macam mana tapi saya memang sangat sedih setelah mendengar kata-kata penghinaan itu.
Yelah selama ni kita berbaik dan mesra dengan orang, tapi kemesraan kita tu menjadi penyebab orang suka bercakap lepas tanpa mempedulikan hati dan perasaan kita.
Kata suamiku “Biarlah..memang semua orang tahu akan mulut lepasnya itu”. Tapi adakah kita nak membiarkan sikapnya itu berterusan sampai ke hujung nyawanya? Kalau dia pendek nyawa syukurlah tapi kalau pannnnjang nyawanya..macam mana la pula tu.
Macam-macam kerenah manusia di dunia ni. Suamiku berkata lagi “Mungkin ada sedikit rasa tak puas hati dengan u kot..sebab tu mereka boleh berfikir dan berkata begitu”. Oh..jadi adakah itu salah satu puncanya? Aku ni manis, peramah, awet muda dan murah rezeki ya? Alhamdulillah kuharap benarlah sangkaan mereka terhadapku. Hehe..
Yang saya pelik tu, boleh pula saya ni dijadikan topic bersembang..contohnya korang tengok bola. Eh..bontot pemain tu tonggekla macam bontot si polan-polan tu (si polan tu mungkin anak buah or adik ipar or siap2 saja lah dalam keluarga). Takpun eh si polan ni lubang hidung ko sama la ngan lubang hidung Mr. Os?
Tidak mengapa..bagi orang itu telah ku maafkan tapi di lain masa tolonglah jaga tutur katamu. Tidak kiralah engkau seorang majistret, engineer atau pendidik bangsa. Tolonglah berfikir sebelum bercakap dan bukan bercakap baru berfikir atau ‘speak your mind’. It’s a no-no thing to do okay.
Sebab kamu yang bercakap itu tidak akan tahu apa kesan terhadap orang yang kamu hina itu. Kesan mental dan kesan fizikal atau pun spiritual. Dia mungkin menjadi sasau kerana terlalu risau ataupun menjadi pemurung kerana selalu berkurung dalam rumah arakian malu kat orang lain dek kata-katamu itu.
Saya harap sesiapa yang bermulut laser tapi tak sedar dirinya bermulut laser atau lepas, cepat2 lah insaf. Tolongla jadi Muslimin dan Luslimah yang solehah. Apa guna memakai tudung kalau mulut tak dijaga. Apa guna pergi ke Masjid kalau suka mengumpat. Takde hasil.
Saya rasa cukup saya membebel nanti orang bosan baca.

mulut orang,mmg takleh ditutup.the least that u can do is to play deaf!and make sure what they said will not bring u down!
ReplyDeletei've been in this kind of situation u know,it hurts me the most when they talk about my physical weakness which is something that i can never change,like how dark or tanned my skin can be,things like that has been bugging me too.but who are those people?they are makhluk Allah too,and they hv weaknesses too!so let's put this thing aside and cheer up!i like u just being u!