Selepas tidur yang teramat lama (lebih 6 jam kot), akhirnya saya bangun jua around 5.15am. Dimulakan ngan Solat Isya’ (aduhaii..ampun Ya Allah) saya lebih pentingkan tidur dari menunaikan ibadat kepadamu terlebih dahulu. Planning nak continue dengan Sonat Tahajjud tapi terleka dengan aktiviti melipat baju yang dah lama tersidai kekeringan tapi belum dilipat. Hari ni kakak ada jamuan kecil kat kelas. So I plan to fry crispy nuggets from 5 Star. Bentuk bintang jugak tau..comel. Ada la lam 15 ketul je tinggal..ah..takpelah fikirku memandangkan parents lain pun mesti buat sesuatu jugak untuk anak2 they all bawa ke kelas. Then selepas siap packing and hantar Erry, me myself bersiap2 untuk ke pejabat. Dadam bangun awal setelah I ternampak dia dok berdiri kat bucu katil area ironing place tu. Hurm..terjatuh la tu tapi control leh berdiri laks. COmel sungguh buah hati sorang ni. Jalan raya hari ni pun Alhamdulillah lancer aje. Stuck kat toll kejap then ok. I managed to reach the office, unrecorded, I guessed.
Lunch time kat gerai makcik after that browsing gallery tudung kat teena’s (my lovely neighbour) blog: AllureLady. Sempat gak order sehelai tudung hitam sebab I rasa tudung hitam yg lama tu tersangat geboh for me. Belakang dia panjang sampai ke pinggang dah..tak ready lagi nak pakai ala2 gitu.
Ha macam ni la yg saya mau order. Cantik la jugak kan? Yela..model dia memang la cantik.hehe..Harap2 bila saya pakai tudung ni pun akan secantik dia gaks.
Okay then nak bercerita la tentang peristiwa di surau umum Jaya One ni. Setibanya saya di surau tu tak lah ramai sangat orang kat situ Cuma 3orang perempuan, seorang tu sedang mengandung, sorang lagi sedang solat dan sorang lagi sedang tidur. Penat bekerja..tidur kejap bagus untuk menyegarkan badan. Tak lama lepas tu Nani pun tiba. Kami berdua selesai mengambil wudhuk bilamana sakumpulan wanita bertudung agak labuh la pada pandanganku..masuk dan bersembang yang memang tak boleh nak ditapis suaranya. Terlalu kuat, penuh satu surau dengan gema suara diorang ni. Ni first time saya rasa annoying sangat dengan suara lantang yang tak hormat orang sedang dan nak bersolat. Saya sebut “Shh..” sekali dgn harapan mereka faham tapi tetap tak faham dan terus bising. AStaghfirullah..topiknya yg kudengar ialah tentang Facebook. Soolahnya dia sorang je yg ada account facebook dan orang lain ni yelah kampong tak tahu apa2 pasal facebook. Saya terus mengangkat TakbiratulIhram tapi tetap tidak dapat menghayati solatku lagi sehinggalah Nani berdehem 3 kali barulah kumpulan wanita tu terdiam. Herm..kenapalah masih ada lagi golongan macam ni. Bertudung litup sampai ke pinggang tapi tak tahu nak menghormati orang yang sedang Solat. Maaf kalau ada yang terasa but for me tudung sekarang tak melambangkan orangnya. Tapi yang sering dikata di mana2 laman sembang adalah orang yang bertudung tapi aurat lain masih samar-samar walaupun tak banyak sangat (saya lah tu). Tapi yang penting saya rasa saya tahu nak hormat orang yang sedang solat atau nak senyum kat sapa2 je (murah senyuman la ni). Then lagi satu dah la surau tu tak besar sangat, kebetulan ada dalam 10 orang kot yang nak bersolat. DItambah pulak ada yang makan nasi dalam tu..(tak baca ke notis tu “Dilarang Makan & Minum di sini” dan “Dilarang MEmbuat Bising. Sila hormati orang yang bersolat” . Sedangkan terang lagi bersuluh. Sabar aje la.
Petang saya balik cepat-cepat dengan harapan jalan tak jammed. Alhamdulillah jalan okay! Sempat solat kat Petronas LDP tu. Then ambik Dadam then balik rumah konon nak masak spegeti. Dah start menumis bahan dah ni..tetiba kuah spegeti Prego dah abis..larr…rasa cam ada lagi. So terpaksa la buat kuah perisa sendiri. Nasib ada tomato puree yang saya borong dari restoran Station 98 yang tutup bisnes kat Jayaone hari tu. Siap masak, kakak balik. Dia kata okay jer kuah tu (susah nak dapat compliments skrg ni orang tu dah reti beza sedap ke tak sedap or dengan kata lain ikut tekak dia dah skrg. Dadam pun makan bersungguh..sayang Kakak n Dadam!

No comments:
Post a Comment