Monday, September 27, 2010

Hari Raya oh Hari Raya 2010

Oh...lama sungguh saya tidak mengemaskini blog saya yang bersawang di laman sesawang ini. Hehe. Well..tajuk tu mencerminkan keluhan hati saya pada Hari Raya tahun ini.
Kesimpulannya ianya adalah Hari Raya yang paling bermakna bagi saya kerana saya tidak bermalam di rumah arwah ibu sebaliknya di rumah makcik saya yang baik hati sangat-sangat itu. I really appreciate that Mok Nie..love you forever! And to Mok Tie yang sudi melayan kami di rumah Mok Nie..nasib kita serupa..kita tiada rumah untuk beraya. Sedih kan?
Well..saya maafkan semua orang yang rasa ada membuat silap dengan saya. Saya juga tidak menyimpan dendam kepada anda semua. Terima kasih di atas kesedaran yang saya terima di Hari yang mulia ini. Meskipun saya turut bersedih dengan kehilangan jutawan kosmetik Dato' Sosilawaty Lawiya and friends..Al-Fatihah untuk semua. Tapi sebagai seorang yg masih lagi bernyawa..hati saya memang sangat-sangat terluka dengan sikap anda semua. Maafkan juga salah silap suami saya yang memang terkenal dengan sikap anti-sosial (saya tak tahu ni pengaruh dari siapa) dan bukan jenis sure-heboh. Mulutnya juga laser sentiasa almaklum orang melaka. Saya mmg selalu dan paling kerap terkena laserannya. FYI, we also didn't capture a single photo during Hari Raya. That's it.

No comments:

Post a Comment